PRN Johor; PN Fokus Mencari Kemenangan

59

MUAR – Fokus utama Perikatan Nasional adalah untuk mencari kemenangan apabila menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melalui calon-calon berkaliber yang ditampilkan walau tidak bertanding di semua kerusi.

Pengerusi PN, Dato’ Seri Ir Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setiap kawasan yang diletakkan calon memiliki keunikan tersendiri bagi mencapai kemenangan dan memiliki jentera yang berdisiplin dan patuh pada setiap arahan yang diberikan.

“Apa-apa pun sebagai Pengerusi Perikatan Nasional saya menyeru kepada semua rakyat dan yang menjadi pengundi di Negeri Johor untuk memberik sokongan kepada PN pada kali ini.

“Masing-masing (jentera) sudah ada cara kerja masing-masing, arahan diberikan terpulang kepada tempat masing-masing,” ujar beliau pada sidang media di sini semalam..

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata PN memiliki strategi dengan memiliki sasaran untuk menang bukan soal takut atau tidak meletak calon di kawasan DAP bertanding.

“Kita tahu ada cabaran besar apabila masuk bertanding di kawasan majoriti terbesarnya adalah di kalangan bukan Melayu.

“Sekiranya kita ada kekuatan tidak perlu takut sebenarnya, tetapi ada perkiraan kenapa PN bertanding atau tidak (di sesuatu kawasan),” ujarnya, selepas program ‘Pusimg Keliling’ Maharani bersama calon PN Ustaz Anuar Hayan.

Dalam pada itu, mengenai kerjasama dengan Barisan Nasional(BN) perkara itu tidak ada perbincangan secara langsung sebagaimana spekulasi yang timbul.

“Itu merupakan tanggapan di luar dan apa yang berlaku adalah dalam bentuk persefahaman di tempat masing-masing kerana PN tidak bertanding semua di 56 kerusi.

“Jadi kawasan PN tidak bertanding kena ada saty perkiraan bagaimana dan kepada siapa hendak diberikan undi.

“Jadi ini timbol sebagaimana yang diarahakan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man agar mengundi calon BN,” katanya.

Justeru menurutnya, beliau senada dengan ucapan yang diutarakan oleh Timbalan Presiden PAS tersebut.

“Tidak bertanding semua, di kawasan tidak bertading tetap kena beri undi dan keluar mengundikan?

“Sudah tentu ada perkiraan di antara dua atau lebih parti yang bertanding bagi memilih mana yang lebih sesuai.

“Kecuali kita bertanding di semua kerusi itu keadaan yang sukar untuk dilaksanakan,” katanya.