MUAR – Pengalaman dimiliki Ustaz Anuar Hayan mengajar agama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani menyakinkan Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN), Haji Abdul Aziz Talib untuk tampil menyokong beliau menjadi wakil rakyat yang terbaik untuk masyarakat di situ sekli
Cikgu Aziz berkata, beliau selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Muar menyerahkan tanggungjawab terbabit kepada Timbalannya itu, Ustaz Anuar Hayan kerana selama ini begitu berjasa kepada masyarakat setempat dalam menjadi pendidik dan pembimbing agama.
Katanya, calon DUN Maharani tersebut juga merupakan bekas pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Batu Pahat dan pernah menjadi guru agama dj Sekolah Maahad Muar.
“Kita mengharapkan ramai anggota masyarakat di DUN Maharani mengenali beliau.
“Sebagai guru takmir beliau sering dipanggil untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul, Maal Hirah dan semua perayaan-perayaan di dalam Islam di seluruh surau dan masjid di DUN Maharani dan negeri Johor.
“Juga sering diundang oleh Jabatan-Jabtan Kerajaan selain memiliki pengalaman 20 tahun menjadi pemimpin haji,” katanya melalui satu kenyataan, melalui satu rakaman video.
Dalam pada itu, Cikgu Aziz turut memaklumkan menarik diri dari menjadi calon pada kali ini adalah disebabkan faktor kesihatan serta faktor usia.




























