Oleh : Adli Mohamad
HULU TERENGGANU – PAS belum menentukan calon yang akan bertanding bagi mengisi jawatan kekosongan Parlimen Tanjung Piai sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya bermesyuarat pada 1 Otober.
Naib Presidennya Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtat berkata, belum ada penetapan tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di parlimen itu.
“Jadi saya rasa kita tunggu dan lihat, yang menjadi objektif sekarang ini bukan kita (PAS) berebut-rebut bertanding atau tidak bertanding.
“Kita bekerjasama untuk mendapatkan keputusan yang terbaik jadi tidak ada masalah PAS bertanding atau tidak bertanding, objektifnya (mencapai) kemenangan,” jelasnya.


Namun begitu, Menteri Besar Teremgganu itu berkata, kerjasama antara parti-parti pembangkang pada PRK kali ini pastinya akan mengulangi kejayaan sebagaimana di Semenyih, Seri Setia dan Cameroon Highland (CH).
Kerusi Tanjung Piai kosong selepas penyandangnya, Dr Md Farid, meninggal dunia di Hospital Pontian Johor, pada Sabtu yang lalu, akibat serangan jantung.




























