PRK Sungai Limau; Rombongan Shafie Afdal Beri Pengundi RM200

1210

[Lihat Video] Walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran yang sengit, Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau Datuk Mahfuz Omar berkata kempen PAS mendapat sambutan, termasuk oleh pengundi Umno.

“dulu kita tak boleh masuk, sekarang kita boleh tembusi kawasan-kawasan tersebut dan saya tak boleh umum lah kawasan-kawasan mana, ini satu rahsia kami,

“tapi ia cukup membanggakan malah yang dulu pun yang mengundi UMNO hari ini telah pun memberi komitmen .

“Jadi depa cukup berkenan lah, orang tua-tua dulu memang berkenan lah dengan Ustaz Azam nih. Macam anak dengan cucu depa.

“Sebab depa pernah mengaji dengan Tok Wan dia, pernah mengaji dengan Pak dia, baik dengan mak dia, ini sangat baik lah,”ujarnya dalam siding media semalam.

IMG-20131027-WA0007Ia ditambah pula, kata beliau, dengan anak-anak muda yang suka dengan calon PAS, Ustaz Azam dilihat boleh mewarisi citarasa anak-anak muda.

Beliau turut mendedahkan rombongan kempen BN yang diketuai oleh Dato’ Shafie Afdhal telah masuk dan beri duit kepada para pengundi di kawasan Ulu Sedaka.

“kumpulan itu berjalan masuk ke dalam kawasan Ulu Sedaka, dia masuk rumah kemudian bila dia nak keluar dia tinggalakan duit RM 200,

“(dan berkata) jangan lupa 4hb (November – hari mengundi)………. Ya, saya ada bukti, saya pergi jumpa dengan tiga orang yang menerima RM200.,”tegasnya bila ditanya pihak media.

Menurutnya, serangan kewangan dan tawaran ‘rasuah’ pilihanraya dengan memberikan barangan begitu berleluasa.

Beliau berkata, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, memberi pengundi cermin mata dan minyak masak ketika berkempen.

Namun begitu, PAS tidak akan mengambil apa-apa tindakan dengan maklumat yang diperolehi dan menganggap, “ia adalah rezeki warga DUN Sungai Limau”.

Bahkan, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, sebahagian mereka yang menerima wang telah menyerahkan ‘terimaan’ itu untuk tabung kempen pilihanraya PAS.

Beliau berkata, PAS akan tahu kedudukan sokongan pengundi dalam masa sehari dua lagi dan akan mendedahkannya kepada pihak media.

Beliau yakin, PAS akan dapat menguasai semula kerusi DUN Sungai Limau pada pilihanraya kecil kali ini.

“Soal majoriti in sya Allah sehari dua ni saya akan umumkan berapa jangkaan majoriti yang akan kita perolehi, In sya Allah. Bukan kita perolehi, (tapi) target (sasaran). Dalam sehari dua ni, In sya Allah,”katanya.