Pilihanraya Kecil N20 DUN Sungai Limau menyaksikan calon PAS Ustaz Mohd Azam Abdul Samat ditentng oleh calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
Pada kira-kira jam 10 pagi Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman mengumumkan perkara tersebut selepas proses pencalonan yang bermula pada jam 9.00 pagi tamat.
Abd Rashid berkata kedua_dua calon masuk ke dewan pencalonan dan menyerahkan boring pencalonan masing-masing pada masa yang hamper sama.


Namun begitu katanya, pengumuman haya dibuat pada jam 10 pagi menurut peraturan yang diwartakan.
Sehubungan itu, calon PAS Ustaz Mohd Azam berkata beliau bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti serta meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak.
Walaupun merasakan tanggungjawab tersebut adalah cukup berat dan besar namun katanya ia akan dapat dilaksanakan dengan sokongan semua ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat.
“Saya cukup terharu apabila diberi amanah oleh kepimpinan parti bagi mewakili PAS pada PRK kali ini.
“Ini merupakan satu amanah yang cukup berat untuk saya laksanakan apatah lagi untuk mengekalkan kemenangan yang diperolehi selama lima penggal.
“Namun tanggungjawab ini akan saya laksanakan sepenuh bagi memastikan segala amanah dan legasi Allahyarham Ustaz Azizan dapat kita teruskan,” jelas beliau.
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Barisan Nasional (BN) sebagai calon ‘underdog’ dalam PRK DUN Sungai Limau.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mengakui bahawa DUN tersebut adalah kubu kuat PAS dan yakin pengundi yang akan memilih wakil rakyat yang baharu mengikut pertimbangan yang rasional
BN dijangka membawa tema kempen ‘pembagunan’ apabila berkata negeri yang diperintah BN akan lebih mudah untuk dilaksanakan pembangunan di kawasan tersebut sekiranya BN menang


























