PRK Rompin; Muslimat Yakin Kewibawaan Ustaz Nazri

1910

ROMPIN – Cuaca pagi di bandar Kuala Rompin yang dingin bertukar hangat dengan kehadiran penyokong dari parti yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Rompin.

Warna-warna tema hijau dan biru memenuhi perkarangan pejabat daerah Kuala Rompin tempat penamaan calon PRK tersebut.

IMG-20150422-WA0050Ketua Dewan Muslimat PAS YB Zailah Yusof optimis PAS berupaya memberi tentangan sengit, dengan kewibawaan calon PAS serta faktor isu semasa.

“calon PAS Ustaz Nazri Ahmad berpeluang memenangi PRK P 091 dengan kelebihan yang banyak disamping anak tempatan dari Felda Keratong, berpendidikan agama dan (masih) muda.

“yang boleh membawa parlimen Rompin ke tahap yang boleh di banggakan (pada masa depan) berbanding dengan calon BN yang semacam calon recycle,”ujarnya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, banyak kelebihan yang boleh PAS gunakan sebagai ‘peluru’, contohnya isu GST, isu hak milik tanah yang belum selesai dan juga kemiskinan.

Sebelum itu, pada malam pengisytiharan calon PAS, Zailah berkata, rakyat rompin lebih mengenali Ustaz Nazri.

“saya kira rakyat Rompin bijak dan lebih mengenali calon yang sesuai untuk mereka dan sudah semestinya bagi kita, masa depan rakyat, kita pilih calon yang muda yang boleh membawa inspirasi (rakyat)

IMG-20150422-WA0056“yang boleh meneruskan (hasrat rakyat) sebenarnya kita perlukan pemimpin yang mantap dari segi akhlak, idola dan contoh kepada rakyat,”jelas Ahli Parlimen Rantau Panjang itu.

Katanya, tumpuan sekarang adalah kepada generasi muda kerana, daripada 30 juta rakyat Malaysia 46.47% adalah pengundi muda, dan pengundi muda adalah harapan masa depan untuk memimpin serta membawa perubahan.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu Puan Safinah Jusoh menyeru pengundi Rompin mengundi PAS dan menolak Barian Nasional.

Katanya, satu undi menyokong BN bermakna sokongan kepada GST, sebaliknya satu undi kepada calon PAS adalah satu sokongan menolak GST.

“kita mempunyai kekuatan kempen dengan isu GST yang boleh kita gunakan terutama pada penduduk tempatan yang rata rata berpendapatan rendah dan miskin,

IMG-20150422-WA0069“GST telah meningkatkan lagi kesusahan yang selama ini telah sedia di himpit kemiskinan terutama golongan nelayan,”

Puan Safinah mahu petugas kempen menggunakan strategi yang berkesan dalam masa kempen terutama petugas Muslimat yang Akan turun rumah ke rumah.

“petugas mesti menyakinkan pengundi bahawa kerajaan BN benar-benar menzalimi rakyat dengan pelaksanaan GST,” katanya, yang turut bersama hadir, memberikan sokongan kepada calon PAS.

Beliau hadir bersama pasukan ‘gelombang pertama’ Muslimat PAS negeri Terengganu yang bertugas dari 21 hingga 25 April.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS pada 5 Mei depan.

Proses penamaan calon bagi yang bermula jam 9 pagi ini di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini ditutup tepat jam 10 pagi tadi.