ROMPIN – Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub telah mengisytiharkan Yang DiPertua PAS Kawasan Rompin Ustaz Nazri Ahmad sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil parlimen Rompin.
Pengumuman itu dibuat dalam ceramah umum yang diadakan di Bandar Satelit, Muadzam Shah, pada Isnin malam 20 April, yang turut dihadiri oleh ribuan penyokong parti Islam tersebut termasuk wakil-wakil parti komponen PR lain.


Beliau bekerja sebagai guru sambilan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah dan pernah menjadi pegawai pemasaran kepada syarikat pengeluaran makanan, Mak Aji Food Industris Enterprise, di Felda Keratong.
Mendapat pendidikan meenngah di Maahad Darul Quran Marang, Rusila, Terengganu dan mencapai Syahadah Thanawiyahdengan pangkat ‘jayyid jiddan’ dari tahun 1988 hingga 1994.
Selepas itu pada tahun 1995 sehingga 1998 beliau mendalami ilmu al-Quran di Universiti Al-Ulum Al-Islamiah Wal-arabiah, Rebublik arab Syiria, dan lulus sijil hafazan Al-Quran bersanad.
Kembali ke tanah air, beliau menyambung pengajiannya 1998-1999 Maahad ‘ali Lid-Dirasat Al-Islamiah wal-Arabiah (MADIWA), Bagan Serai Perak diantara 1998-1999 dan mendapat Diploma Syariah Islamiah (pangkat jayyid).
Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian mendalami ilmu agama di Universiti al-Azhar, Mesirdari tahun 1999 hingga 2000 dan memperolehi Ijazah Syariah Islam (pangkat jayyid).


Semasa di Kaherah, beliau telah menjadi pemimpin mahasiswa dan dilantik menjadi Ahli Lembaga Penasihat, Badan kebajikan Mahasiswa Islam Pahang(BLMIP) Kaherah, Mesir.
Selain itu, Ustaz Nazri juga adalah Ahli Jawatangkuasa Biro Dakwah & Penerangan, Badan kebajikan Mahasiswa IslamPpahang(BKMIP) Kaherah, Mesir serta menjadi Fellow MANHAL, Kaherah, Mesir
Beliau adalah antan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin sesi 2005-2015 dan mantanKetua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang sesi berakhir baru-baru ini, sebelum dilantik menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin untuk sesi 2015/2017.
Berusia 40 tahun dan kali pertama bertanding pilihan raya, beliau adalah calon muda yang juga merupakan muka baharu yang tidak boleh dipandang rendah dengan pelbagai isu semasa yang melanda negara kini.
PRK Parlimen Rompin diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis meninggal dunia dalam sebuah kemalangan helikopter terhempas yang turut mengorbankan lima mangsa lain pada 4 April lalu.




























