Gerakan kempen di daerah mengundi (Unit Peti Undi) Tujuh berjalan agresif dengan pasukan muslimat turun dari rumah ke rumah bagi memastikan warga kawasan terbabit mengundi ‘bulan’.
Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri Terengganu bergabung tenaga dengan YB Ketereh mengiringi calon Wan Rosdi Wan Ibrahim menziarahi golongan sasaran.


“team jejak pengundi luar sedang giat diusahakan melalui laporan bilik gerakan, setakat ini kontinjen trg mendapat kerjasama sepenuhnya dari penduduk tempatan,”ujar Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, YB Hanafiah Ramli.
Sementara itu, ketika dihubungi Ariffin berkata, beliau bersama gerakan calon PAS telah menziarahi 3 buah rumah pengundi yang uzur.
“Kami sempat merawat pesakit, seorang accident (kemalangan jalanraya) dan dua orang diserang angin ahmar (stroke),
“mereka kata sangat mengenali calon sebab dah beberapa kali datang sebelum ni,”ujarnya.
Ariffin berkata, maknanya, calon PAS memang sudah dikenali dan sudah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Penyelaras DUN yang bertindak sebagai seorang ADUN bagi kerajaan Kelantan.


























