PRK Penanti – Pencalonan Pada 23 Mei, Formula PRU 12 Kekal

1027

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata status kerusi DUN Penanti sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 adalah milik Parti KeADILan Rakyat (PKR), maka calon dari parti itu akan bertanding.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/04/mesypassetiu.JPGWalau bagaimana pun, beliau menyerahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan berkeyakinan satus quo tersebut akan dikekalkan.

“Saya yakin majlis presiden akan bermesyuarat dan selalunya status Pilihan Raya Umum akan dikekalkan. Maka, calon PKR akan bertanding dan PAS akan membantunya,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31 PAS Kawasan Setiu, di Kampung Tanjung Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Mengulas peluang Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi pilihanraya kecil tersebut, Mohamad Sabu optimis PR akan mencapai kemenangan mudah, namun majoriti undi mestilah ditingkatkan daripada yang diperolehi sebelum ini.

Justeru, katanya, ahli dan pendokong PR perlu bekerja lebih kuat untuk menang dengan majoriti yang lebih baik agar sokongan terhadap PR dikekalkan.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Yahya Ali dan Yang Dipertua PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan, pilihan raya kecil akan diadakan pada 31 Mei , umum pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada persidangan akhbar di Putrajaya.

PRK Penanti diadakan berikutan perletakan jawatan Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti pada 16 April lalu