Terengganu, Malaysia

PRK Kuala Kangsar; PAS Terengganu Diamanahkan ‘Jaga’ Lima UPU

PRK Kuala Kangsar; PAS Terengganu Diamanahkan ‘Jaga’ Lima UPU

KUALA TERENGGANU – Pasukan pembantu daripada PAS negeri Terengganu diamanah melaksanakan kerja pada lima kawasan daerah mengundi (Unit Peti Undi – UPU) dalam tempoh kempoh kempen pilihan raya kecil parlimenm (PRK) Kuala Kangsar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu YB Ariffin Deraman berkata arahan tersebut dimaklumkan oleh Pengarah PRK Kuala Kangsar YB Ustaz Idris.

“taklimat oleh YB Ustaz Idris mengalu-alukan kontijen Terengganu yang bersedia mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk pertugas di PRK Kuala Kangsar, meskipun baru pulang dari PRN Sarawak,

“kita diamanahkan untuk menjaga UPU Senggang, Bendang Kering, Menora, Seberng Manong dan Bekor,”ujarnya.

IMG_20160519_164929Sehubungan itu, beliau berkata, kehadiran para petugas dibahagikan kepada empat ‘gelombang’ bersama PAS Kawasan masing-masing, mengikut tarikh yang telah ditetapkan bermula 21 Mei sehingga hari mengundi, 18 Jun.

Sementara itu, Timbalannya YB Haji Hanafiah Mat berkata, pengundi Kuala Kangsar sudah bersedia untuk menunaikan tanggung jawab bagi menunjukan isyarat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“rakyat terutamanya para pengundi Kuala Kangsar sudah tidak sabar untuk memberikan undi ‘signal kepada Umno dan BN,

“cukuplah dengan kehidupan rakyat penuh sengsara akibat peningkatan kos sara hidup yang tinggi,”katanya ketika menghubungi Buletin Online selepas Taklimat di Pejabat PAS Kuala Kangsar, semalam, Rabu 18 Mei.

Beliau berkata, cadangan Majlis Pelancaran Kerja Petugas Terengganu adalah pada Ahad 5 Jun, selepas proses penamaan calon selesai.

“In sha Allah, kita akan adakan majlis menandakan permulaan kerja kita bersama kita berdoa bersama Presiden dan Pesuruhjaya PAS Terengganu,

“untuk kemenangan Kuala Kangsar di Dataran PAS Menora, sebaik selesai penamaan calon pada Ahad 5 Jun,”jelasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan