Terengganu, Malaysia

PRK; Jentera PAS Sungai Besar Sudah Bersedia

PRK; Jentera PAS Sungai Besar Sudah Bersedia

SUNGAI BESAR – Jentera pilihan raya PAS Kawasan ini sudah bersedia dan bersemangat untuk bekerja memenangkan calon yang akan bertanding pada 18 Jun depan.

IMG-20160517-WA0032Yang Dipertuanya Ustaz Mohd Fadzin Taslimin berkata kesemua 27 Unit Peti Undi (Daerah Mengundi) telah membuka bilik gerakan masing-masing, termasuk di kawasan yang ramai pengundi Cina.

“bilik gerajan UPU sudah di buka, ada 27 (semuanya) termasuk tempat (yang ramai penngundi) Cina, yang ramai di Sekincan dan Sungai Besar,

“Jentera kita bersemangat! Kalau pilihanraya umum (yang lalu) PAS kuat, tapi tak menang (lagi).Kita ada dewan banyak, markas banyak, PASTI banyak tapi tak menang lagi, kekuatan ada, kemenangan tak ada lagi, belum ada,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Markas PAS Sungai Besar, selepas menunaikan solat hajat dan munajat mingguan pada Isnin malam, 16 Mei.

https://youtu.be/HMJ5sDYZL38

Menurutnya, Sungai Besar  mempunyai rangkaian 39 cawangan PAS dengan lebih 3,000 orang ahli yang aktif.

Menurutnya, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah ‘turun padang’ melaksanakan beberapa program.

“PAS negeri dah turun…………In sha Allah, program akan disusun nanti dalam program-program dengan pengundi-pengundi,”katanya.

IMG-20160517-WA0036 (2)Sehubungan itu beliau berpesan kepada semua pihak yang akan membantu kawasan itu agar memahami suasana setempat, dalam usaha merayu dan meraih undi.

“Disini pengundi-pengundi tidak boleh agresif, sentuhan-sentuhan (dan) ziarah (boleh). Kalau buat program besarpun, dia orang tidak akan datang.

“Tapi kalau kita ziarah, kita bawa (buah tangan) apakan, macam tu,”ujarnya.

Menurutnya,para petugas dari negeri-negeri pembantu mestilah memahami para pengundi yang kebanyakannya terdiri daripada ‘orang Jawa dan orang Banjar’.

https://youtu.be/Lr3LTpI6h-s

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan