PRK Galas; medan terbaik protes rakyat Kelantan kepada UBN.

915

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/drmariah.jpgParlimen Kota Raja termasuk YB Dr Siti Mariah, YDP dan Dewan-Dewan merakam ucapan Takziah kepada isteri serta kaum keluarga Allahyarharham Che Hashim Sulaiman, mantan ADUN galas yang telah kembali kerahmatullah.

Menerima berita sekitar jam 5.00 petang tadi dari SMS Ustaz Wan Jii (Al-Bakistani0 bukanlah sesuatu yang amat mengejutkan. Rasanya kalau kita mengikuti perkembangan kesihatan Allahyarham kita semua amat redho dengan kepergiannya. Beliau sudah sakit berbulan lamanya dan pernah menerima rawatan hingga ke China, maknanya semua usaha telah dilakukan, apa kan daya Allah lebih manyayanginya.

Sementara itu macam biasalah, bila berlaku kekosongan disebelah kita macam tak sabar-sabar lagi SPR nak mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil. Kalau lambat hantar notis mahu diamuknya speaker DUN.

Tak pe lah kita sabar sahaja lah dengan perangai SPR ni. Kita juga berharap agar PRK kali ini akan menjadi pengajaran paling berguna kepada Umno Barisan Nasional, bahawa tindakan mereka dalam menguruskan royalti minyak Kelantan adalah salah dan pada PRK itu nanti Rakyat Kelantan akan memberi pengajaran terbaik buat Najib dan UBN.

Pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaiman akibat barah usus.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

“Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.

“Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan,” katanya.

Che Hashim, 46, yang dimasukkan ke Hospital Al-Islam di sini sejak dua hari lalu meninggal dunia jam 4.30 petang tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Dr Siti Mariah Mahmud
AP Kota Raja