Islam Hadhari Besut Bestari

782

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/09/wandanan.jpg– Tangkapan Kes Dadah Tertinggi
BESUT
– Besut merupakan daerah tertinggi mencatat jumlah tangkapan kes melibatkan penagihan najis dadah berbanding daerah lain di negeri Terengganu.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu, Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata jalinan kerjasama antara AADK negeri dan pihak polis membolehkan jumlah tangkapan penagih dadah meningkat berbanding tahun lalu.

Katanya dari tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, seramai 819 penagih dadah iaitu 595 orang penagih baru dan 224 penagih berulang telah ditangkap dan telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

“Tahun lalu, seramai 226 orang penagih ditahan di daerah ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Jom Cegah Dadah, Pemimpin Cakna Masyarakat yang dirasmikan Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin di Dataran Medan Selera Jerteh di sini pada Sabtu.(Gambar kanan)

Wan Addenan berkata beliau percaya sekiranya operasi yang lebih kerap dan agresif dilakukan di seluruh negeri, jumlah tangkapan juga akan meningkat di setiap daerah.

Sementara itu Dr Abdullah berkata semua wakil rakyat di daerah itu sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha memerangi penagihan dadah.

Jumlah penagih bertambah

Tindakan agresif dan berterusan pihak berkuasa menangani gejala penagihan dadah menyebabkan jumlah kes tertinggi dicatatkan di negeri ini dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Dalam tempoh itu, sejumlah 1,584 kes dikesan dengan 1,024 orang adalah penagih baru, manakala selebihnya kes berulang berbanding keseluruhan 108 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, ia suatu jumlah yang membimbangkan, namun pada masa sama memperlihatkan keberkesanan usaha penguatkuasaan.

Katanya, ia seiring dengan kejayaan pihak polis mencatatkan peratusan tertinggi tangkapan pengedar dan penagih di negeri ini berbanding dengan negeri-negeri lain dalam tempoh tersebut.

“Jumlah penagih yang belum dikesan selalunya dianggarkan lima kali ganda daripada yang berjaya dikesan dan ia satu kadar membimbangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian, ia tentunya menuntut kepada usaha mempertingkatkan penguatkuasaan dan kesedaran yang melibatkan peranan dan kerjasama semua pihak iaitu jabatan-jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat umumnya.

Katanya, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 orang dan ia mempunyai kaitan dengan kedudukannya berhampiran kawasan sempadan Kelantan.

“Ia diikuti daerah Kemaman (351), Kuala Terengganu (229 orang) manakala Dungun (188 orang), Hulu Terengganu (128 orang) dan Setiu (91 orang),” ujarnya.

Menurut Wan Addenan, sebanyak 78.53 peratus penagih terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 hingga 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine.

“Sebanyak 42.02 peratus daripada mereka mengaku mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pengaruh rakan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga bulan lepas, bilangan kes pemulihan dalam komuniti di Terengganu yang direkodkan ialah seramai 3,266 orang.

Mereka terdiri daripada bekas penagih yang telah menjalani pemulihan (266 orang), dijatuhkan hukuman oleh mahkamah (461 orang), dibebaskan dari penjara (2,477 orang), dan juga kes sukarela (108 orang).

Wan Addenan menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian yang serius kepada anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan gejala dadah.

“Mereka boleh membawa anak-anak untuk mendapatkan rawatan di pusat-pusat khidmat AADK yang menawarkan kemudahan bagi membantu mengatasi gejala itu,” ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, AADK negeri Terengganu akan membuka sebuah lagi Pusat Khidmat AADK di Besut bulan depan sebagai pusat rawatan dan pemulihan secara percuma.

Menurut beliau, sebelum ini AADK telah membuka pusat itu di sini dan Hulu Terengganu pada tahun lepas dan sambutan semakin menggalakkan.