PRK Galas; Jentera PAS Terengganu dilancar pada 26 Oktober

962

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/ariffin.JPGKUALA TERENGGANU – Jabatan Pilihanraya Negeri Terengganu (JPNT) telah mengadakan lawatan kerja sehari ke DUN Galas bagi menyusun kerja-kerja,  menjelang hari penamaan calon yang akan diadakan 26 oktober.

Menurut Pengarahnya, Ariffin Deraman, lawatan tersebut adalah bertujuan menyelaraskan kerja-kerja jentera Terengganu yang akan bertindak sebagai jentera pembantu di Peti Undi Batu Papan.

Beliau memaklumkan jentera PAS Terengganu akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di Peti Undi berkenaan pada 26 Oktober, selepas selesai proses penamaan calon.

”InsyaAllah, Presiden PAS sudah mengesahkan akan melancarkan jentera PAS Terengganu di Peti Undi Batu Papan pada 26 Oktober,

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/hanafiahprkgalas.jpg”oleh itu, semua petugas dari Terengganu diharap dapat bersama mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Tok Guru (Abdul hadi Awang) pada jam 4.30 petang,”katanya ketika dihubungi Selasa 12 Oktober.

Sehubungan itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat yang turut sama dalam lawatan tersebut berkata, modus operandi jentera PAS Terengganu dibahagikan kepada lima gelombang, bermula 15 Oktober.

”Gelombang pertama akan mula betugas pada 15 Oktober yang terdiri dari 15 anggota, termasuk tenaga dari Muslimat, setiap gelombang akan bertugas selama 6 hari secara silih berganti, kekuatan semasa jentera PAS Terengganu di Peti Undi tersebut adalah seramai 50 anggota”jelasnya

Menurutnya, Peti Undi Batu Papan dimenangi PAS dalam pilihanraya umum ke-12, tahun 2008. Terdapat seramai 1402 pengundi dalam Peti Undi Batu Papan, daripada jumlah tersebut 184 orang adalah pengundi Cina.

“Jentera utama di Batu Papan adalah dari PAS Kawasan Machang dan Pasir Putih, jentera pembantu dari negeri Terengganu dan Negeri Sembilan, tinjauan yang dibuat sempena lawatan, mendapati 70% pengundi Cina melahirkan rasa muak dan bosan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN),”tambah Haji Hanafiah