PRK Bukit Gantang ; “Tak ada masalah siapa calon, asalkan hijau” – Pengundi Cina

967

Ketua Lujnah Perpaduan Nasional Negeri Terengganu Haji Hanafiah Ramly@Mat memberitahu Buletinonline hari ini.

“Saya menerima pengakuan mereka, kata mereka, tidak kira siapa calon, asalkan ‘hijau’,”katanya ketika dihubungi melalui panggilan telefon.

Menurutnya, beliau bersama Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS Parlimen Bukit Gantang, Saudara Bashir, telah melancarkan Bilik Gerakan Jentera Kelab Penyokong PAS dari kaum Cina di Sungai Karang dalam DUN Trong semalam.

Katanya Seramai 53 orang teman-teman daripada kaum Cina telah mengisytiharkan diri mereka bersama gelombang rakyat dan menyertai Kelab Penyokong PAS. (Gambar – Haji Hanafiah bersama En. Bashir semasa pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong peringkat parlimen pada 15 Mac lalu)

“Mereka telah menyerahkan borang keahlian kepada saudara Musa Daud, Pengerusi Kelab Penyokong PAS bagi DUN Trong,

“InsyaAllah, pelancaran Jentera Kelab Penyokong PAS DUN Trong akan dibuat pada minggu depan,”kata Haji Hanafiah.

Sementara itu, seramai tujuh puluh orang petugas PAS Terengganu telah pun berkampung dan menjalankan gerak kerja kempen di beberapa Unit Peti Undi, DUN Changkat Jering.

“Mereka mula melaporkan diri dan bertugas sejak 18 Mac lalu,”kata Setiausaha Kerja  Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, A-Ghazali.