PRK Balingian ; ‘Musim Udang Bersalin Kulit’

1299

MUKAH – Timbalan Presiden PAS Haji Muhamad Sabu terkejut apabila beliau diberitahu, belum ada sekolah menengah yang dibina di daerah kecil Balingian.

Menurutnya, sekolah menengah yang paling hampir adalah Sekolah Menengah Mukah yang terletak kira-kira 55 kilometer dari Balingian.

Beliau kesal dan mempersoalkan, bagaimana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili oleh bekas Ketua Memteri Sarawak selama 33 tahun, masih jauh ketinggalan dari sudut pembangunan.

“Tadi kita pergi Balingan, sekolah menengah tiada (bagaimana) kawasan (DUN) bekas ketua menteri tiada sekolah menengah?

“saya hairan kalau lah berlaku di semenanjung (sebegitu) saya bimbang BN (pasti) tidak dapat undi di situ,”ujarnya.

Mohamad berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam cermah kempen PRK DUN Balingian di sini semalam Selasa 18 Mac.

Beliau merasa sukacita kerana katanya terdapat perubahan pada warga Mukah dan Balingian, yang kedua-duanya terletak dalam DUN Balingian.

“Cuma tadi (saya) pergi ke Balingan, mereka kata undi kami jangan bimbang……Kami bimbang orang Mukah………orang Mukah ni kuat sokong BN.

tmp_IMG_20140319_225947-1257152244“kami kali ini semua nak tukar……sekarang ni musim udang bertukar kulit, itu kata mereka,”jelas Mohamad.

Sehubungan itu, menurut seorang penduduk tempatan yang ditemui, Shafani Abdullah, bandar Mukah yang juga dikenali sebagai kawasan penghasilan udang.

Mukah dan Balingian menjadi tumpuan ramai masa kini kerana pilihanraya kecil DUN Balingian yang akan diadalan pada 29 Mac ini.

Katanya, memang musim sekarang, adalah benar-benar musim udang bersalin kulit.