PRK Bagan Pinang; Saat Menunggu Kiraan dan Keputusan

1021

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/pollday1.JPGmemaklumkan sebanyak 81.65 peratus keluar mengundi atau jumlah keseluruhan adalah 11,157 pengundi yang keluar mengundi, termasuk pengundi pos.

Walaupun kemenangan merupakan objektif utama Pakatan Rakyat mencabar BN dalam DUN Bagan Pinang, namun semua sudah maklum, DUN tersebut adalah kubu kuat BN.

Cubaan PAS dan Pakatan Rakyat dalam keadaan terdapat pengundi pos seramai lebih 5,000 orang adalah sangat berani, berbanding Umno dan BN yang cabut lari di DUN Penanti.

Pelbagai halangan dan kekangan yang sengaja diujudkan oleh BN yang memang tidak mampu lagi untuk menerima kekalahan setelah kecundang pada tujuh pilihanraya kecil yang lalu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata ahli Umno/BN dan para penyokongnya melakukan pelbagai provokasi sejak hari penamaan calon, 3 Oktober lalu.

Beliau yang bertugas sepenuh masa sepanjang PRK Bagan Pinang berkata, sebagai contoh, pada hari pengundian (hari ini 11 Oktober), sejak dari pagi, perayu undi Umno; baik dari kalangan pemuda, wanita dan puteri, telah hilang etika dan moral.

“Sepanjang pemerhatian saya, mereka sudah tidak ada kepimpinan, bahkan yang lebih tua ‘mengajar’ yang muda berjalan seperti ‘ketam’, lontaran botol dan batu sewaktu merayu undi,

“begitu juga sepanjang tempoh kempen, puteri umno datang bukan sebenarnya untuk menyedarkan masyarakat tentang kbenaran, namun hanyalah untuk berpoya-poya dan bersuka-suka,”katanya ketika menghubungi Buletinonline petang ini.

Perkara ini boleh di jelaskan dengan etika dan perangai petugas-petugas Umno dari Trengganu, sebagaimana yang dipaparkan Buletinonline.

Dengan keadaan itu, Dato’ Ustaz Abu Bakar yakin, Pas dan Pakatan Rakyat akan menerajui negara sedikit masa lagi kerana Umno dan BN telah bankrap moral dan muflis kepimpinan.

Keputusan tidak rasmi;

6.55PM

PAS – 2, 490
BN    – 7, 821


6.43PM

PAS – 2, 003
BN    – 6,705