Beliau bersama-sama 10 petugas Terengganu diketuai Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berada di DUN Bagan Pinang, bagi membuat tinjauan dan mendapat taklimat.
(Gambar – dari kiri, Ustaz Nasha, YB Ravi, Haji Hanafiah, YB Ean Song dan Haji Ramli)
Menurutnya, Pengarah Jentera PRK Bagan Pinang, Salahudin Ayob dalam taklimat tersebut menyeru supaya, negeri-negeri pembantu menghantar seramai mana petugas.
Sehubungan itu, Haji Hanafiah berkata, kontinjen Terengganu akan melaksanakan gerak kerja kempen berdasarkan modus operandi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir yang baru berlalu.
”Kita akan melaksanakan kerja berstrategi dan mengatur kempen sebagaimana dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir,
”dalam tinjauan awal, dari maklumat orang ramai disini, rakyat mahu beralih angin terutamanya pengundi Cina dan India yang terkesan dengan isu Teoh Beng Hock dan Isu ’Arak Kepala Lembu,”jelasnya.
Katanya, Kontinjen Terengganu akan bertugas bersama PAS Negeri Pulau Pinang di Peti Undi Teluk Kemang, Port Dickson.
Turut hadir dalam taklimat yang di adakan di bangunan Pasti Port Dickson itu adalah Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa, YDP PAS Teluk Kemang Haji Ramli Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, YB Ean Song dan ADUN Port Dickson, YB M Ravi