Presiden PAS Lancar Buku Terbaru (Kemaskini)

767

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/08/DSC00553.JPGMARANG – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan buku terbaru tulisan beliau yang bertajuk ‘Taktik dan Strategi Gaya Khulafa’ Ar-Rasyidin’.

Buku tersebut telah dilancarkan dalam satu majlis ringkas oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husin Awang, selepas kuliah mingguan Dato’ Seri Hadi, di Masjid Rusila sini Jumaat 6 Ogos.

Ustaz Abdul Hadi ketika bercakap kepada pihak media selepas pelancaran tersebut berkata, rasionalnya penerbitan buku terbaru tersebut adalah bagi memberi kefahaman Islam kepada seluruh masyarakat di negara ini.

Ia adalah kerana, katanya, Islam adalah penyelamat ummah dan orang Islam patut berbangga serta bermegah dengan agama tersebut.

“Harapan saya ialah supaya masyarakat memahami Islam ada peranannya. Islam adalah penyelamat.

“Khusus bagi orang Islam sepatutnya mereka bukan sahaja beriman dengan Islam. Mereka (umat Islam) berbangga dan bermegah dengan Islam setelah kegagalan kuasa besar dunia,” ujarnya.

http://www.youtube.com/watch?v=d6lviW8psvw