Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermula kira-kira pukul 2.30 petang Ahad.
Ustaz Hadi, sebelumnya diberikan sambutan hangat oleh ahli PAS yang berhimpun diperakarangan pejabat agung PAS sebelum mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS bermula.


“Datuk Seri Hadi Awang akan datang, pukul 2 petang nanti beliau sampai… InsyaAllah,” katanya kepada pemberita di sini.
Isu kehadiran Ustaz Hadi tealah ‘diperbesarkan’ oleh pihak media, terutama apabila Setiausaha Agung DAP memberi kata dua kepada beliau, sekiranya tidak hadir, mesyuarat PR tidak akan diadakan.
Ustaz Hadi telah menegaskan, beliau akan hadir tanpa desakan mana-mana pihak, dan ketidakhadiran beliau yang mempunyai sebab.
Beliau juga pada sidang Jumaat lalu, mendedahkan kepada media, sebenarnya Lim Guan Eng lebih banyak tidak hadir ke mesyuarat PR berbanding beliau.


Selain Hatta, beliau juga mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Nawawi Ahmad dan Ketua Penerangan Muslimat, Aiman Athirah Aljundi bersekongkol untuk menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama.
“Kami merasakan bahawa ahli-ahli PAS perlu sedar bahawa terdapat percubaan jahat untuk menjatuhkan presiden, kepimpinan ulama dan mengambil alih PAS.
“Kami juga meminta mereka yang terlibat dalam konspirasi ini untuk meletakkan jawatan berikutan mendedahkan ini,” katanya sebelum menyerahkan memorandum kepada Penolong Setiausaha Agung Khairul Faizi Kamil, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat.


























