Presiden PAS Doakan Keberkatan dan Hidayah Kepada Semua

1020

MARANG – Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang melahirkan simpati dan berdoa untuk kesihatan beliau, ketika beliau menjalani rawatan di Istanbul.

“terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan almubarak kepada semua yang hadir, kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia,

“dan mengambil kesempatan bulan yang mulia ini juga yang besar fadhilatnya, (saya) memohon Allah memberi balasan yang tidak tehingga kepada semua yang telah menunjukkan simpati kepada saya semasa (menjalani) rawatan di Istanbul,

“kepada semua parti-parti politik di Malaysia, pertubuhan Islam dan bukan Islam, temasuk gerakan Islam dan pertubuhan Islam dari negara Islam dan bukan Islam yang berdoa dan menghantar sumbangan, termasuk pelajar-pelajar yang miskin dan kaya, semua bersedia untuk menyumbang,

“semoga Allah memberi keberkatan dan hidayah, mudah-mudahan termasuk sebagai amal soleh di sisi Allah SWT,”ujarnya.

IMG-20140706-WA0003Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah selepas solat Tarawih di masjid Rusila di sini semalam.

Ia merupaka ucapan pertamanya kepada khalayak, sejak kembali dari luar negara pada Rabu, 18 Jun lalu.

Ia juga merupakan ucapan julung kalinya di kawasan Marang setelah mendapat rawatan lanjutan dan kembali dari Kuala Lumpur ke bumi Terengganu Darul Iman, pada Jumaat malam, 4 Julai.

Ustaz Hadi yang sedang menghadiri satu persidangan antarabangsa telah dikejarkan ke hospital pada 31 Mei, apabila beliau mengadu sesak nafas.

Beliau kemudiannya dibawa dengan ambulans ke sebuah hospital Medipol Universitesi Hastanesi di Istanbul, Turki.