Presiden PAS dan Empat Yang Lain Berhujah ‘Kaedah Tindakan Saman Tidak Betul’

1362

Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat yang lain telah berhujah bahawa plaintif harus memfailkan semakan kehakiman untuk menghalang mereka daripada membentangkan Rang Undang-undang Meminda Akta Mahkamah Syariah di mana-mana Parlimen.

Mereka berhujah bahawa cara tindakan yang diambil oleh empat individu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin, terhadap mereka dengan cara saman pemula, adalah tidak wajar.

IMG-20150928-WA0046Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Hakim Asmabi Mohamad telah menetapkan 5 Oktober untuk menyampaikan keputusannya ke atas bantahan awal yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi dan empat yang lain, selepas mendengar hujahan peguam mereka dalam kamar.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berkata beliau dan peguam utama Abdul Hadi, Datuk Sulaiman Abdullah telah menimbulkan bantahan awal bahawa mod tindakan mereka tidak sesuai.

“Kami berkata mereka harus pergi melalui semakan kehakiman dan bukannya melalui saman pemula,” kata Shamsul Bolhassan ketika ditemui pihak media.

Beliau berkata ini kerana empat individu mencabar kepada proses membuat keputusan oleh pihak berkuasa awam sebagaimana yang Parlimen.

“Kami mengatakan menyerang proses membuat keputusan itu perlu melalui semakan kehakiman di bawah Aturan 49 Peraturan Mesyuarat Parlimen,”tambahnya.

IMG-20150928-WA0047Peguam bela bersama Presiden PAS Datuk Takiyuddin mengesahkan tindakan Datuk Sulaiman yang telah membangkitkan bantahan awal (preliminary objection) yang berhujah bahawa kaedah yang dibawa oleh plantif, tidak betul dari segi undang-undang.

“peguam kita Datuk Sulaiman Abdullah telah membangkitkan bantahan awal……..ia saman dari pihak defendan dipanggil saman pemula, kita berhujah cara yang betulnya adalah melalui semakan kehakiman,

“atas dasar itu, mahkamah mendengar hujah kita, mahkamah juga dengan hujar dia pada hari ini, mahkamah tangguh (keputusan) pada 5 Oktober,”ujarnya kepada pihak media selepas meghadiri sesi pagi ini di Aras 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, sekiranya Hakim bersetuju dengan bantahan yang dikemukakan, maka semua kes aman berkenaan akan ditolak.

Beliau menjelaskan pihak yang terbabit dalam saman itu, termasuk Presdien PAS tidak perlu hadir, tetapi yang penting pada peringkat itu, kedua-dua lawyer bagi pihak plantif dan defendan berhujah.

Walau bagaimanapun, peguam utama yang plantif Siti Kasim dilaporkan berhujah bahawa tuntutan mahkamah mereka telah difailkan dengan betul kerana terdapat beberapa isu yang terlibat dalam perkara itu.

https://youtu.be/4M4Jr31Mth8

“Kami mengatakan jika isu ini adalah semata-mata mengenai prosedur pentadbiran, ia boleh pergi melalui semakan kehakiman.

“Ia bukan semata-mata mengenai prosedur pentadbiran yang terdapat isu-isu yang terlibat dengan Abdul Hadi membawa Rang Undang-undang Swasta dan sifat peribadinya sebagai presiden PAS,” kata Siti.

IMG-20150928-WA0053Empat individu yang memohon injunksi bagi menghalang Datuk Seri Abdul Hadi dan empat yang lain daripada membentangkan Rang Undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) di mana-mana Parlimen.

Mereka mahu pihak-pihak termasuk Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, timbalannya, Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Ronald Kiandee dan setiausaha Datuk Roosme Hamzah, diarahkan untuk menarik balik atau dihalang daripada perbincangan berterusan mengenai pindaan yang dicadangkan di mana-mana sesi Dewan Rakyat.

Turut hadir memberikan sokongan moral pada sesi pendengaran hari ini ialah Timbalan Presiden Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden YB Ustaz Idris Ahmad serta beberapa ahli dan penyokong PAS.