Oleh : NM
DUNGUN – Lajnah Pekerja dan Pengguna Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu atau singkatannya PEKA akan melancarkan Gerak kerja PEKA dan logo lajnah ini di sebuah Hotel di sini.


Pengerusi PEKA, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berharap dengan pelancaran ini nanti satu lagi pilihan orang ramai khasnya pekerja dan kalangan pengguna akan mempunyai satu saluran untuk mengadu dan mencari jalan penyelesaian permasalahan dikalangan mereka khususnya di Terengganu.
“Kerajaan Terengganu walaupun nampak semacam telah mencuba mengatasi masalah pekerjaan anak negeri namun dalam beberapa sektor terutama pembinaan kerajaan tidak cuba mengatasi masalah lambakan pekerja asing di negeri ini.
“Rakyat Terengganu terutama golongan belia bukan tidak berminat menyertai sektor secara lebih agresif tetapi oleh kerana tahap pendapatan atau gaji di sektor berkenan masih tidak memuaskan.
“Garis panduan gaji terendah RM900 sebulan bukan satu tahap pendapatan yang relevan lagi dengan kos sara hidup rakyat Terengganu hari ini berbanding di negeri lain,”ujarnya yang juga Anggota Parlimen Dungun


“Lajnah ini berpendapat kerajaan mesti membuat suatu mekanisme baru pelbagai industri bagi mewujudkan peluang pekerjaan yang relevan dengan penduduk tempatan” katanya lagi.
Beliau memberi harapan dan keyakinan agar dengan pelancaran ini, PEKA berperanan memastikan Sumber asli negeri selain petroleum dan gas, bijih besi, kelapa sawit, getah, tasik kenyir yang kaya dengan bahan galian seperti platinum dan lain-lain perlu diteroka dan diwujudkkan kilang-kilang bagi memprosesnya untuk di eksport ke luar negara di samping merancang untuk guna tenaga nukleur di masa depan.



























