Politik Matang Lawan Politik Budak-budak

161

Umum mengetahui bahawa Terengganu sedang menghadapi masala air yang besar. Pelbagai pihak berganding bahu untuk membantu. Pihak kerajaan jalankan tanggungjawabnya untuk membaiki kerosakan dan menghantar bantuan air.

Banyak pihak lain seperti parti-parti politik dan pelbagai NGO turun padang untuk membantu.

Saya ucapan tahniah dan alhamdulillah syukur Allah gerakkan hati-hati kita untuk beramal.

Namun dalam kita beramal, jagalah nawaitu dan cara bekerja. Jangan sampai terpesong sehingga amal kita hanya dikira haba’an mansura(debu kosong) yang tiada nilai di sisi Allah dan cara kita bercanggah dengan syariat.

Sama-samalah berganding bahu untuk membantu dan jauhi sifat permusuhan dan pilih kasih. Pegang prinsip فاستبقوا الخيرات Berlumba-lumba dalam mengejar kebajikan).

و تعاونوا على البر و التقوى و لا تعاونوا على الإثم و العدوان

“Bertolong-tolonglah atas kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah bertolong-tolong atas dosa dan permusuhan.”

Ini jugalah prinsip yang dipegang dan mahu dipromosikan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pelopor Taawun Siyasi dalam afena politik tanahair.

Politik Budak-Budak

Masalah kita ialah politik budak-budak terlampau banyak dan terlalu lama mendarahdaging. Ia menyebabkan kita ukar meninggalkan tabiat itu.

Antara contoh politik budak-budak ialah:

1. Dedah kesalahan peribadi pemimpin politik. Masalah rumahtangga dll.
2. Nak kasi nampak baik, tunjuk keburukan produk orang lain.
3. Sebar berita yang belum dipastikan benar.
4. Cepat melenting dan bertindakbalas atas tuduhan orang.
5. Jika sesuatu tuduhan itu benar, terus sahaja dedahkan keburukan pihak lawan untuk ‘divert issue’.
6. Campur aduk kebenaran dengan berita palsu untuk nampak sedap cerita. Technique of exaggeration applied. Suka tokok tambah.
7. ضربني و بكى شتمني و اشتكى Dia pukul aku dia menangis. Dia maki aku dia yang mengadu.
8. Dengki dengan kebaikan yang orang lain buat. Kalau boleh tak nak orang lain buat baik.
9. Suka berbangga dan menunjuk-nunjuk kebajikan yang dibuat. Di samping kuat perlekeh pihak lawan yang tak nampak buat baik.

Politik Matang

Bercanggah dengan semua yang di atas.

Cuma nak bagitau tunjuk kebajikan yang kita buat dibenarkan syarak dengan syarat untuk jadikan contoh teladan dan ikutan orang ramai.

Bukan bertujuan untuk bermegah-megah dan riyak, serta bukan juga bertujuan untuk memperlekehkan kumpulan lain.

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Wallahu a’lam.

Wan Mohd Faizul Wan Abas
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Terengganu/Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf