Oleh : Sumaiyah
KUALA TERENGGANU – Politik Islam yang diamalkan oleh sebuah kerajaan Islam adalah sangat penting kerana akan meletakkan umat lebih pintar dan hebat apabila memahami percaturan politik di peringkat antarabangsa.
Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Dato’ Dr Nik Zawawi Haji Salleh berkata, musuh-musuh Islam mencaturkan politik di peringkat antarabangsa.
“(akibatnya) yang membunuh umat Islam bukan Amerika Syarikat……..tetapi adalah tangan-tangan orang Islam (sendiri), seperti di bumi Palestin adalah (yang) tanggungjawab semua, tetapi tanggungjawab ini akan sia-sia kalau negara Arab ini berkelahi di antara satu sama lain,
“Apabila kita bergelumang dengan politik moden zaman ini yang tidak ada batas sempadan, politik yang bergerak secepat kilat (dan) dunia yang pantas menyebabkan kadang kala tindakan-tindakan politik ini mesti menepati keperluan semasa yang tidak bercanggah dengan agama,”jelasnya.


Menyentuh tentang situasi yang dihadapi PAS dalam arena politik negara hari ini, beliau menyifatkan musuh PAS amat ‘licik.
“Tindakan-tindakan daripada musuh-musuh kita amat licik (dan) kadang-kadang (ada) rakan-rakan yang lain terpengaruh dengan DAP sehingga PAS menjadi tempat maki hamun,
“Dulu kita dilabel sama taraf dengan komunis………Alhamdulillah, parti kita dijaga oleh Allah. Urusan perjuangan Islam dijaga oleh Allah,
“Walaupun orang kafir benci dan marah macam mana sekalipun, Islam tetap bangkit (dan) kita tak rasa pelik kalau orang caci kita, maki hamun kita,”katanya.


“kita kena faham…….kita bawa budaya politik matang dan sejahtera. Berlaku senario kebangkitan umat Islam untuk menyokong RUU355,
“Pegawai kanan kerajaan pergi masa kita buat RUU355, pelakon, penyanyi, dan ramai lagi………. semua bagi sokongan (kerana) Allah mengatur semua ini. (dan) mereka lebih yakin kepada PAS,” tegas beliau.
Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan syabas kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu kerana telah berjaya mendaftarkan ahli baharu PAS paling ramai berbanding negeri lain dan telah diluluskan oleh mesyuarat PAS Pusat.
Muktamar Tahunan Muslimat PAS Negeri Terengganu Kali ke-44 yang turut dihadiri oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor (Gambar bawah).


Usul itu mencadangkan agar dibuat “Penggabungan Muslimat Muda : Ameerah, Nusaibah dan Briged di Bawah Satu Lajnah Dan Satu Kepimpinan” yang dicadangkan oleh perwakilan dari kawasan Kuala Terengganu dan Marang.
Sesi muktamar berakhir pada jam 5.00 petang dengan keputusan pemilihan kepimpinan baru Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu sesi 2017-2019 diketuai oleh Puan Hajah Zarani Othman.



























