KUALA TERENGGANU – Polisi dan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) mempengaruhi universiti al-Azhar Mesir telah memberikan kesan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke pusat pengajian terkemuka itu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata ia turut memberikan kesan kepada para mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).


“memberi kesan terhadap institusi milik rakyat umat Islam, bahkan turut terkesan di institusi-institusi mereka, contoh di UniSZA,
“dulu pemegang diploma mereka boleh direct ke al-Azhar, pada zaman saya dua tahun……. selepas pada zaman saya setahun sahaja untuk mendapat ijazah di al-Azhar,”ujar beliau yang juga bekas mahasiswa institusi pengajian tinggi terbabit.
ADUN Paka itu berkata demikian Seminar Pendidikan Sekolah-sekolah Islam Terengganu 2015 disini pada Sabtu 30 Mei
Kesan dari tindakan tersebut, walaupun kini pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) boleh melanjutkan pelajaran mereka, namun masih terdapat beberapa halangan.
“akhirnya mereka mewujudkan STAM, tetapi realiti yang berlaku bila (lepasan) STAM ini mengambil masa yang lebih daripada orang lain,
“dan apabila sampai ke Mesir kekadang tidak boleh masuk direct (terus) kuliah, kena ambil lughah (bahasa) dan sebagainya,
“jadi tempoh masa panjang. Dari segi itu tidak salah tapi kita mengejar masa, waktu (serta kos yang terlibat),”jelasnya




























