Polis Hampir Mengenal Pasti Suspek Pembunuh Mantan ADUN

1392
KUALA TERENGGANU 05 NOVEMBER 2015 (HM KTM783G / BH KT836D / KTE270Q) Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman (Kiri) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah menunjukkan gambaran lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan kes tembak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat 9 Oktober lalu. STR/SYAHIRAH ABDULLAH

KUALA TERENGGANU – Polis hampir mengenal pasti pembunuh bekas ADUN Alur Limbat Alias Abdullah berdasarkan rakaman CCTV diperolehi, yang dirakam berhampiran dengan tempat kejadian.

Allahyarham Alias, seorang wakil rakyat selama dua penggal, berumur 51, meninggal dunia selepas dia ditembak di kepala di luar rumahnya di Bukit Payong, Marang selepas pulang dari solat Jumaat.

Beliau dikejarkan oleh jiran-jirannya ke Klinik KesihatanBukit Payong di mana beliau disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Negeri Datuk Rosli Abdul Rahman berkata, pasukan penyiasat telah mengambil keterangan daripada 41 saksi dan kenyataan mereka berpadanan dengan gambaran kedua-dua suspek dan motosikal mereka dari rakaman CCTV terbabit.

Beliau berkata polis tidak dapat mengesahkan lagi samada penyerang itu adalah pembunuh upahan, walaupun bukti dari tempat kejadian menunjukkan beliau mahir dengan senjata.

IMG-20151009-WA0037-576x1024“Bukti lanjut juga mendedahkan bahawa kedua-dua suspek berasal dari negeri ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam rakaman CCTV, suspek yang menunggang Honda EX-5. Kedua-dua memakai seluar ‘jeans denim’ biru dan topi keledar merah.

Pembunuh itu membonceng motosikal dan memakai t-shirt putih manakala penunggang memakai baju T berwarna hitam.

Rosli berkata rakaman itu telah diperoleh berhampiran rumah si mati, sambil menambah bahawa suspek dipercayai berusia kira-kira 23 hingga 25 tahun.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Allahyarham Alias berada di rumah bersama isteri, Noreha Mohamad, 45, anak dan pembantu rumah ketika kejadian itu berlaku pada pukul 2.30 petang.

Seorang saksi, Abdul Wahab Mohamad, 35, berkata dia melihat dua lelaki menaiki motosikal hitam berhenti di hadapan di rumah Alias , dan pembonceng yang turun serta melepaskan tembakan pada mangsa sebelum berlari ke arah motosikal dan memecut laju.