Pok Kob Ditemukan Meninggal Dunia

711

KUALA TERENGGANU – Pak Cik Kob @ Yaakob bin Lateh, 83, yang telah hilang selama beberapa hari, telah ditemukan meninggal dunia, sekitar jam 4.15 petang Jumaat.

Setiausaha PAS Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar, mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarganya.

“Beliau hilang enam hari lepas, setelah pelbagai usaha mencari Pak Cik Kob telah dibuat,

“Terima kasih kepada semua atas doa dan usaha kalian juga termasuk petugas keselamatan , PDRM, Bomba , RELA,JPAM, JPKK Bukit Payong, JPKK Alor keladi, Kubok Kawah, Jabatan Amal, relawan dan pelbagai pihak.” ujar beliau, menghubungi pihak kami.

Beliau yang juga Pengarah MTD Hulu Besut berkata, semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas ruh Pak Kob.

“Hanya Allah maha membalas kebaikan kalian, semua yang membantu, bermandi keringat berusaha mencari,

“solat hajat dan berdoa agar arwah Pak cik Kob ditemui. Semuga Allahyarham damai di alam abadi,” ujar beliau.