PKPD; Inisiatif Muslimat Besut Bantu Penduduk

167

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Besut dibantu setiap anggotanya di DUN-DUN mengambil inisiatif membantu penduduk yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketuanya,Hajah Nafisah Ismail berkata, mereka menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghulurkan sumbangan, kepada mereka yang terlibat dengan arahan itu.

“Muslimat membantu bagi sumbangan bakul barangan dapur kepada orang yang terjejas Covid-19.

“In sha Allah tanggungjawab ni akan dteruskan,” jelasnya ketika dihubungi pada hari ini.

Menurut beliau, PKPD yang dilaksanakan di 15 mukim di Besut ni selama 14 hari bermula Sabtu 22 Mei, disambung sehingga 18 Jun depan.

Katanya, keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu berikutan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk.

“Covid 19 ini bukan benda baru bagi rakyat Besut dan negeri Terengganu.

“Malah hampir dua tahun dah rakyat terpaksa berdepan dengan wabak ini,” ujar Napisah.

Justeru itu, beliau berharap agar rakyat di kawasan Besut dan negeri Terengganu khususnya agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.