Pintu Rafah dibuka semula secara terhad

1063

Gaza – Mesir membuka semula pintu Rafah yang menjadi laluan ke Semenanjung Gaza pada hari Rabu selepas ditutup sejak tujuh hari lalu bagi membolehkan bilangan yang terhad, meninggalkan dan kembali ke wilayah pantai Palestin melalui terminal sempadan utama itu.

Pembukaan semula pintu Rafah berikutan amaran Hamas tetang krisis kemanusian dan perubatan yang melanda Gaza ekoran penutupan yang kerap dilakukan oleh Mesir sejak tentera menggulingkan Presiden Mohammed Morsi.

[Gambar – penduduk Gaza warga emas dan pesakit menuggu pembukaan pitu Rafah yag dibuka terhad pada Rabu. Mesir telah menutup pintu itu seama tiga kali sejak Preside Morsi digulingkan pada wal Julai lalu]

Palestinian passenger waits at Rafah crossing between Egypt and southern Gaza Strip with hopes of crossing into EgyptTerminal itu kali terakhir ditutup pada 11 September selepas serangan maut berlaku di kemudahan perisikan tentera Mesir di sebelah Rafah.

Namun begitu, pembukaan pada Rabu hanya sebahagian, dan hanya beroperasi selama empat jam sahaja yang membolehkan seramai 300 orang meninggalkan Gaza , berbanding dengan kira-kira 1,000 sebelum penyingkiran Morsi .

Pengarah Terminal disebelah Gaza Aua Abu Sabha berkata, terdapat 5,000 kes kemanusiaan mendaftar untuk perjalanan dan kita tidak boleh mengurus untuk mendapatkan kebenaran mereka keluar kerana kuota yang terhad setiap hari.

Menteri Kesihatan Hamas Mufid Al- Mukhalalati berkata penutupan pintu Rafah yang kerap menjejaskan bekalan perubatan kepada Gaza yang mana diperolehi Hamas daripada bantuan perubatan badan-badan antarabangsa melalui konvoi yang masuk dari Mesir.

“Kami gunakan ia (pintu Rafah) untuk mendapatkan 30 peratus daripada ubat-ubatan dan bekalan perubatan melalui Rafah dan kira-kira 1,000 pesakit Gaza menggunakannya untuk perjalanan mendapatkan rawatan di Mesir setiap bulan,” kata Al- Mukhalalati, sambil menambah bahawa Gaza telah kehabisan 145 jenis ubat-ubatan.

Lima buah bas yang membawa pesakit dan pemegang permit penduduk asing meninggalkan Gaza pada hari Rabu sepanjang lintasan itu dibuka.

Para pelajar yang ingin kembali ke universiti-universiti di Mesir menghadapi masalah dengan pihak polis yang hanya membenarkan pelancong dalam kes-kes kemanusiaan untuk lulus menyeberangi pintu Rafah pada Rabu.

Langkah pihk pemeritah tentera Mesir, didorong oleh peningkatan pemberontakan di Semenanjung Sinai yang bersempadan dengan Gaza, menjadikan wilayah Gaza semakin mendalam pengasingan wilayah Palestin dari seluruh dunia.

Seorang penulis mendakwa, tidakan pemerintah tetera Mesir menambahkan usaha Israel menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia.