Pink Floyd Batal Konsert Keliling Israel

2179

Sebuah kumpulan rock klasik Pink Floyd dari British telah membatalkan tiga konsertnya di Israel selepas pengasasnya lagenda Roger Waters, menggesa pembatalan itu.

Kumpulan kugiran itu yang dijadualkan untuk tampil di bandar-bandar Israel, di Tel Aviv, Haifa dan Beersheba pada awal Januari.

Waters, seorang penyanyi dan penulis lagu menganggotai Pink Floyd dari tahun 1965 hingga 1985, menuntut agar orang ramai memboikot Israel semasa persembahannya sendiri sebelum ini.

Menulis di laman sosialnya pada hari Jumaat, Waters berkata beliau sangat kecewa dengan tindakan ganas rejim dan merancang untuk tampil di Israel dengan menyiarkan imej seorang kanak-kanak Palestin yang cedera.

“Untuk menyanyikan lagu-lagu saya di hadapan khalayak terpencil di Israel, dan menyumbang kepada pemisahan budaya kerajaan rasis dan apartheid di negara itu,

“akan menjadi tindakan yang tidak disenangi dan tidak menghormati,” kata Waters. “Orang yang anda mahukan hiburkan, menganiyai tetangga mereka, menembak kanak-kanak tanpa belas kasihan setiap hari.” tegasnya.

Beliau adalah penyokong utama Pergerakan Menghalang dan Memboikot (BDS) Israel adalah bertujuan memaksa negara itu untuk mengubah dasarnya terhadap rakyat Palestin.

Ditubuhkan pada tahun 2005, BDS adalah gerakan antarabangsa Palestin yang menyeru agar dunia memulau barang-barang Israel, penjualan syarikat-syarikat Israel dan sekatan kerajaan ke atas negara itu, untuk menekan negara Israel bagi mencegah pelanggaran hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.

Roger Waters menulis grafitti membantah dasar rejim di tembok Israel

Pergerakan ini telah dianggap sebagai ancaman keselamatan nasional oleh rejim Israel.

Pada bulan Januari, Israel menerbitkan senarai organisasi sokongan BDS yang anggotanya akan diharamkan memasuki negara ini.

Kumpulan Pink Floyd mengumumkan pada Sabtu bahawa ia telah membatalkan rancangannya yang dijadualkan di negara Yahudi itu.

Syarikat Egoeast Productions, yang telah ditetapkan untuk menyelaraskan lawatan ‘band’ terbabit berkata pada hari Ahad bahawa tindakan kumpulan itu melumpuhkan laman ‘Facebooknya’.

Ia telah menerima gangguan, termasuk menerbitakan nombor telefon anggota band menerima ribuan mesej bantahan dari Israel.

Pada bulan Ogos, bintang pop Amerika Lana Del Ray telah menarik diri daripada persembahan di Festival Meteor di Israel selepas tidak dapat menjadualkan kemunculan yang sama di Palestin.

Penampilannya yang dirancang pada perayaan tiga hari itu telah mendapat kritikan daripada para peminat, yang berpendapat bahawa kehadirannya akan digunakan untuk melegitimasi perlakuan Israel terhadap rakyat Palestin.

Pada Disember 2017, penyanyi New Zealand Lorde membatalkan persembahan di Israel selepas tekanan yang berterusan daripada aktivis dan peminat pro-Palestin.

Pink Floyd adalah ‘band psychedelic rock’ dan ‘Progressive rock’ pada tahun 1971 asal Inggris yang terkenal karena komposisi lagu-lagunya yang bergaya bombastis, lirik lagunya yang berbau filosofis, sampul-sampul albumnya yang indah dan konser-konsernya yang megah.

Pink Floyd adalah salah satu kelompok musik rock yang paling sukses secara komersil, pada saat ini berada di peringkat ketujuh dalam jumlah album terjual di seluruh dunia.

Mereka dibentuk pada 1965 dan terakhir merekam album studio pada tahun 2014.