Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata keperluan kepada pindaan Akta 355 adalah berdasarkan kepada keadaan semasa umat Islam di Malaysia
Katanya dengan statistik jenayah yang meningkat, usaha pemulihan akhlak umat sebahagiannya adalah berdasarkan penguatkuasaan undang-undang .
“Pindaan ini dicadangkan berdasarkan peruntukan undang-undang melalui proses yang sedia ada.
“akta 355 mahkamah syariah perlu kepada pindaan khususnya takzir kerana itu adalah satu juzuk hukum yang diberi kepada kuasa hakim dengan hukum yang diluluskan oleh DUN negeri bagi penguatkuasaan.
“Apatah lagi pindaan terakhir lebih dari 30 tahun yang tidak lagi relevan dengan keadaan hari ini, perundangan itu maju dengan melihat perkembangan semasa,”ujarnya.
Beliau berkata demikian adapabila diminta mengulas tentang Rang Undang-undang Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ali Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Rang undang-undang tersebut telah disenaraikan dalam aturan Parlimen dan bakal dibahas serta dilakukan pengundian pada sesi perlimen ini yang akan bermula Isnin 16 Oktober.
Katanya, walaupun tidak secara keseleluruhan hukum berkait yang dipinda, tetapi apabila ada cahaya kecil disatu sudut nescaya akan ada jalan kemajuan.
“Satu huruf bermula dgn satu titik……..kita terus berusaha………..kejayaan terserah kepada Allah,”tambahnya, berkata berkenaan peluang samada pindaan itu akan mendapat sokongan mahoriti ahli parlima atau sebaliknya.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali mengalu-alukan sokongan Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria terhadap usaha meminda Akta 355.
Katanya, ia sememangnya tanggungjawab beragama kepada semua ahli parlimen muslim yang memahami Islam.
“Akta 355 sedia ada tidak memberikan hak yang sebenar kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman kepada tiga kesalahan jenayah iaitu jenayah minum minuman memabukkan, jenayah menuduh orang Islam berzina tanpa bukti dan jenayah persetubuhan haram.
“Akta 355 menetapkan hukumannya ialah maksima tiga tahun penjata atau RM5000 denda atau sebat enam sebatan.
“Sedangkan ketiga-tiga kesalahan itu hukumannya dalam Islam ialah dirotan dengan rotan kecil yang tidak melukakan kulit apatah lagi isi. Adapun sebat yang diamalkan oleh Mahkamah Sivil yang menyakitkan dan melukakan kulit serta isi adalah bercanggah dengan Islam,”jelas beliau.
Justeru itu,kata beliau, menjadi kewajipan kepada ahli parlimen Islam untuk mengubah dan meminda akta 355 kepada teks sebagaimana dicadangkan oleh ahli parlimen Marang iaitu “Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman menurut undang-undang Syariah”.
Sebaliknya beliau menyelar pandangan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johariyang menolak pandangan agama yang dikeluarkan oleh Mufti Perak itu.
“usah dilayan kerana dia tidak memahami hukum Islam,”tegas beliau










