Proses undi akan memilih Kongres Kebangsaan Am, yang dianggotai 200 orang yang kemudiannya akan melantik pemerintah sementara dan panel bagi merangka perlembagaan baru negara itu.
Sebaik kongres itu memulakan sesi persidangan nanti, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang memerintah Libya selepas penyingkiran Gaddafi tahun lalu perlu meletak jawatan.
[Gambar kiri atas – Calon wanita parti Islam, Parti Keadilan dan Pembangunan Majdah al-Fallah (kanan) sedang berkempen dalam pilihanraya yang akan diadakan pada Santu 7 Julai]
Menurut Alexander Graf Lambsdorff, ketua misi pemerhati Kesatuan Eropah, pilihanraya umum itu telah ditunda dari 19 Jun lalu, atas sebab-sebab teknikal.
Oleh itu, katanya, rakyat Libya akan berpeluang mencipta sejarah setelah berdekad dibawah pemerintahan ‘kuku besi’.
“Pilihan raya ini adalah peluang pertama untuk Libya untuk memilih wakil rakyat dalam pilihan raya kebangsaan selepas berdekad-dekad,
“Ia menandakan satu langkah bersejarah bagi negara dan rakyatnya. Memandangkan peranan penting Ketua Kongres Nasional telah melantik badan untuk merangka perlembagaan … pilihan raya adalah amat penting.”ujarnya kepada Agensi AFP.
Namun begitu, kira-kira seminggu sebelum pilihanraya bebas pertama itu berjalan, Libya menghadapi cabaran penyatuan etnik dan kawasan yang boleh membawa persengketaan sekiranya tidak ditangani dengan wajar.
Pada Ahad 1 Julai lalu, kira-kira 300 orang penunjuk perasaan bersenjata di Benghazi telah memecah masuk pejabat suruhanjaya pilihanraya Libya di kawasan tersebut [Gambar kanan atas].
Penunjuk perasaan tersebut telah membakar alatan pilihanraya dan memecahkan komputer .
Agensi Reuters melaporkan, mereka berbuat demikian kerana membantah pengagihan kerusi yang tidak sama banyak antara kawasan pinggiran dan perbandaran serta bandar utama Tripoli.
Keganasan yang tercetus di wilayah Cyrenaica itu juga menjadi pokok isu keselamatan kepada pilihanraya umum bebas yang pertama sejak tahun 1969.
Majlis Wilayah terbabit mendakwa pilihanraya umum tidak wajar diadakan sebelum perlembagaan baru Libya ditulis.
Mereka yang mahukan suatu otonomi bagi kawasan yang kaya dengan minyak itu, menuntut jaminan perwakilan yang adil di peringkat kebangsaan sebelum pilihanraya dilaksanakan.
Pada Mei lalu, mereka telah menyeru supaya rakyat memboikot pilihanraya yang akan diadakan.
Daripada campuran 142 entiti politik , sukar untuk meramalkan pihak mana yang lebih baik, walaupun ada yang lebih jelas menonjol berbanding yang lain dalam kempen 18-hari yang akan berakhir pada Khamis 5 Julai.
“Masalahnya ialah bahawa tiada rekod atau sejarah (pilihanraya) apa yang mereka telah lakukan pada masa lalu, (rakyat) Libya (terpaksa) membiasakan diri mereka dari sifar. Majoriti agak keliru,” lapor Zaptia, Pengarah Urusan kepada Agensi Libya Harold.
[Gambar kiri bawah – papan tanda kempen calon sedang di pasang]
Menurutnya, ramai yang kurang biasa dengan proses demokrasi dan tidak mengetahui siapakah calon yang betul berjuang untuk apa, akhirnya akan mengundi bagi pihak yang mereka kenal dan percaya.
Dari pihak parti-parti yang bertanding, gabungan liberal bekas perdana menteri Mahmud Jibril dilihat sebagai pesaing utama menghadapi saingan sengit dua pihak berasaskan Islam – Parti Keadilan dan Pembangunan dan parti Al-Wattan.
Menurut NTC, pengagihan kerusi pilihanraya telah ditentukan mengikut pertimbangan serantau dan demografi, dengan 100 kerusi bagi wilayah di barat, 60 ke timur dan 40 ke selatan.
Selepas pilihanraya itu, mereka yang dipilih menganggotai Kongres Kebangsaan perlu melihat isu-isu dalam merangka perlembagaan terutamanya bentuk tadbir urus negara Libya, kedudukan Islam dalam negara dan masyarakat, peranan wanita dan hak-hak minoriti.
Selepas Perlembagaan itu diluluskan, Kongres Kebangsaan mempunyai 30 hari untuk mengeluarkan undang-undang pilihan raya baru, dengan pilihan raya bagi membentuk kerajaan yang akan diadakan 180 hari selepas itu, mengikut perisytiharan perlembagaan NTC.
Jika tanda aras ini telah dipenuhi, pihak berkuasa (kerajaan) baru ini akan mula berjalan dalam tempoh kira-kira 12 bulan dari sekarang.
Ia adalah suatu tempoh yang agak singkat untuk merangka perlembagaan dan menangani isu-isu utama keselamatan dan keamanan seperti menenangkan militia dan memulihkan badan kehakiman.
“Mereka akan berada di sana untuk tempoh yang singkat. Jika mereka boleh memastikan rakyat bersama-sama, ia sepatutnya berjalan lancar,” kata Zaptia.
Lebih daripada 2.7 juta orang atau kira-kira 80 peratus daripada pengundi yang layak, telah mendaftar untuk mengambil bahagian pilihanraya memilih anggota Kongres Kebangsaan Am.
Lebih daripada 4,000 orang telah mendaftar sebagai calon,tetapi suruhanjaya pilihan raya hanya meluluskan 2,501 calon individu dan 1,206 calon parti selepas proses pemilihan intensif yang diteliti suapay mengelakkan pimpinan bekas rejim Ghaddafi bertanding.
Pilihanraya akan disertai oleh puluhan persatuan politik, yang majoritinya berasaskan demokrasi dan menghormati undang-undang Islam sebagai nilai-nilai teras.
[Gambar kanan bawah – pihak suruhanjaya pilihanraya sedang siuk membuat persiapan ]
Sebanyak 120 kerusi dikhaskan untuk calon-calon individu, dengan bakinya 80 terbuka kepada entiti politik, namun sesetengah parti juga akan menurunkan calon-calon individu dengan harapan memenangi banyak kerusi.
“Beberapa parti-parti politik telah bergabung dengan calon-calon individu untuk meningkatkan perwakilan mungkin mereka dalam Kongres Kebangsaan,” kata Claudia Gazzini, penganalisis Libya dari Kumpulan Krisis Antarabangsa (International Crisis Group).
Oleh itu, beliau berpendapat hasil undian, mungkin mencerminkan kepentingan tempatan lebih daripada ideologi, kerana majoriti kerusi yang dipertandingkan adalah kepada calon-calon individu yang menggalakkan tindakan kepekaan daerah kecil.
Kawasan pilihanraya Libya dibahagikan kepada 72 kawasan, dimana sesetengah pengundi akan membuang undi bagi kedua-duanya, calon parti dan calon-calon individu sebaliknya pada setengah yang lain, mereka hanya akan mempunyai pilihan satu atau yang lain.
Terdapat seramai 629 calon wanita yang bertanding samada mewakili senarai parti atau secara individu berjumlah hanya 3.4 peratus daripada semua calon.
* Terjemahan bebas dari beberapa agensi media