“Garisan ini kini jelas bahawa pengundi mesti mengundi calon-calon yang menyokong proses damai antara MILF dan kerajaan dan bukan mereka yang menentang dan pilih di antara orang-orang yang membenci keganasan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan menghalang mereka yang menggunakan keganasan untuk merebut kuasa . “kata Muhammad Ameen, pengerusi Sekretariat MILF.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri satu mesyuarat dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang bekerja untuk pilihanraya yang bersih, aman, dan jujur di kawasan Maguindanao, Lanao del Sur, Basilan, Sulu dan Tawi- Tawi.
[Gambar – calon muslimat, Aisah Diro Amabola Batinggolo (tudung putih) bergambar dengan lawannya Fatima Mutia Tomawis (tudung biru) bagi pemilihan jawatan datuk bandar Tangkal di utara Mindanao]
Beliau berkata, MILF secara rasmi tidak menyokong mana-mana calon tetapi kita mahukan calon yang kedudukannya jelas pro-rakyat dan pro-keamanan dengan trek rekod yang tidak dicemari dengan pembunuhan.
Beliau juga menegaskan MILF dan pentadbiran Aquino, selepas menandatangani Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro (FAB) dan organisasi rasmi Suruhanjaya Peralihan Bangsamoro, serta usaha sama yang lain seperti Bangsamoro Sajahatra, sosio-ekonomi program, memerlukan pemimpin yang dihantar ke parlimen dan Senat adalah mereka pro-kedamaian.
“Perkongsian ini perlu diteruskan,” katanya lagi, dan menambah bahawa seluruh perancangan bagi pelaksanaan perjanjian terutama FAB hendaklah dilengkapkan.
Lebih 52 juta rakyat Filipinan layak mengundi pada pilihanraya umum pada 13 Mei lalu dan keputusan bakal diumumkan dalam tempoh 48 jam selepas pusat-pusat pengundian di tutup
Pilihan raya pertengahan penggal ini menyaksikan beribu-ribu calon bakal merebut 18,000 kerusi membabitkan kawasan perkampungan, datuk bandar sehingga ke jawatan gabenor serta ahli parlimen.





























