Pilih Ustaz Azam Sebagai Calon, Tepat

1419

YAN, Kedah – Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau Datuk Mahfuz Omar menyifatkan, PAS membuat keputusan yang tepat memilih Ustaz Azam sebagai calon yang bertanding mewakili parti itu untuk membawa suara anak muda.

“Dia memenuhi kehendak masyarakat beragama dan berilmu. Beliau cucu Pak Mid Bukit Besar, seorang ulama terkenal.

“Dulu ayah Dr Mahathir biasa minta air penawar dengan Pak Mid,”ujarnya.

IMG-20131023-WA0019Menurutnya dalam DUN Sungai Limau terdapat tiga buah pondok pengajian Islam iaitu pondok Pak Ya, pondok Pak Man dan Pondok Shatiri.

Mahfuz berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Presiden PAS kepada para petugas pilihanraya dari negeri Terengganu di Batu 15, DUN Sungai Limau di sini.

Sehubungan itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi berkata, kerja pilihanraya adalah satu amanah bukan hanya kepada calon tetapi kepada semua yang mendukung perjuangan Islam.

“Seboleh-bolehnya kita berkuasa memerintah. Paling kurang kita boleh menyampaikan suara bagi meninggikan syariat Allah,”katanya.

Menurutnya, bulan Zulhijjah adalah bulan nabi SAW mengadakan bai’ah dikenali sebagai bai’atul aqabah yang meminta para sahabat mengorbankan jiwa dan raga terhadap perjuangan Isalam.

“Nabi meminta nereka berjanji untuk dengar dan taat samada semasa rajin atau malas, sanggup menyumbangkan harta, samada senang dan susah.

“Suruh yg baik, bangun utk menyatakan yg hak. Sanggup mempertahankan islam sebagaimana kamu mempertahankan keluarga kamu,”jelasnya.

Beliau menegaskan PAS adalah kumpulan Islam yang melangsungkan perjuangan Islam.

IMG-20131023-WA0025(1)Masyarakat yg tak mahu terima Islam, perlu terima keadilan Islam kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam.

“PAS bukan sahaja berdepan dengan orang bukan Islam, tetapi turut berdepan dengan orang islam yg tak faham, kita menyertai amalan demokrasi.

“Mengajak org menyertai perjuangan kita, berdakwah gunakan kaedah yang mudah difahami orang,”katanya.

Beliau berkata, PAS bukan sahaja akan berdepan dengan BN yang tidak mengikut demokrasi sebenar bahkan mereka sanggup guna apa sahajandemi untuk menang.

Justeru, katanya, tanggungjawab semua petugas PAS adalah untuk mengekalkan kemenangan di DUN Sungai Limau.

“Perang bersenjata adalah untuk halau musuh. Perang pilihanrya adalah untuk tarik orang kepada kita,”tambh beliau.