SETIU – PAS menjangka pilihan raya umum akan diadakan lebih awal berdasarkan keadaan politik Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak yang sangat tertekan.
Nabi Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Umno kini ditentang dari dalam melalui pengaruh bekas-bekas pemimpinnya.
“pertembungan antara (Tun) Mahathir dan (Tan Sri) Muhyiddin dengan Najib sekarang sangat berat, ini memberikan tekanan kepada beliau, kemungkinan pilihan raya umum kai ke-14 akan berlaku lebih awal,


Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, di Dataran PGU dekat sini, semalam, Sabtu 24 September.
Oleh itu, beliau mengarahkan agar seluruh jentera PAS membuat persiapan bermula dari sekararang bagi meningkat usaha untuk, bukan sahaja memenangkan negeri Terengganu, bahkan selurun negara.
“kita bukan sahaja nak menang Terengganu, bahkan Kelantan, Kedah dan lain-lain negeri di seluruh negara,”tambah beliau.
Sehubungan itu, dalam Majlis yang sama, Pesururuhjaya PAS Terengganu berkata, dengan ‘mood’ rakyat sekarang, PAS yakin dapat mengambil semula tampuk pemerintahan di negeri ini.
Menurutnya, banyak tanda-tanda yang dapat dilihat dan dirasai, nakyat Terengganu sudah sedia beralih dan memberikan sokongan kepada PAS.


“kita juga akan mengadakan Himpunan Harapan Semua (HARAP), kesinambungan Himpunan PAS Ganti Umno (PGU)di Kemaman bagi mengemblengkan rakyat untuk hadapi PRU 14,”tegasnya.
Turut hadir dalam Karnival Jabi yang bermula sejak malam Jumaat lalu itu ialah Ahlijawatankuasa PAS Pusat Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor, Yang DiPertua PAS Setiu Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir dan Pengarah MTD Jabi, Dr. Azman Ibrahim
Dalam ucapan aluannya, Dr Azman mengucapkan ribuan terima kasih kepada sector kerajaan dan swasta serta ahli-ahli dan penyokong PAS yang telah sama-sama menyumbang sehingga Krnival DUN Javi berjaya.





























