KUALA TERENGGANU – Pilihan raya negeri (PRN) merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan di Terengganu.
Timbalan Pesuruhjaya Dua PAS Terengganu, Yahya Ali berkata kini terpulang kepada rakyat bagi menentukan semula parti manakah yang dirasakan layak untuk mentadbir kerajaan negeri.
“yang paling bagus kalau bercakap soal demokrasi ialah suara rakyat……dalam keadaan kerajaan negeri dalam keadaan yang tidak stabil………….itu (pilihan raya negeri) penyelesaian yang terbaik,”jelasnya.
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita pada sidang media Majlis Perunding Perlaksanaan Syariat Islam Terengganu (MAPIT) di pejabat Kelab Wartawan Terengganu hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husin Awang dan Ahli-ahli Majlis MAPIT.
Mantan Exco kerajaan Terengganu itu berkata, walaupun Menteri Besar Haji Ahad Razif berkata tidak akan ada PRN, tetapi katanya, politik boleh berubah dalam sekelip mata.
“sekiranya jumlah (ADUN) yang bersama Dato’ Ahmad Said melebihi jumlah majoriti (BN) nak buat macamana? Berdasarkan pengalaman di Perak dan terakhir di Kedah,
“peranan istana (Tuaku Sultan) juga tidak boleh diketepikan dalam perkara ini,”ujarnya.
Namun begitu, menurut beliau, PAS bersikap ‘tunggu dan lihat’ dan meneliti perubahan dan gerak politik dari masa ke semasa.
“Kita tengok masa Sidang DUN (nanti)…….masa ni tak boleh jawab lagi,”tambahnya
https://youtu.be/9sGqEZxThgg










