Terengganu, Malaysia

Pilihan Raya Dan Kuasa Baru Boleh Segerakan Siasatan 1MDB

wan mutalib

KUALA TERENGGANU – Hanya dengan pilihan raya dan peralihan kuasa di peringkat pusat yang boleh mempercepatkan siasatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Datuk Wan Muttalib Embong berkata, kerajaan dan kuasa baharu yang boleh membuka semula siasatan berhubung syarikat pelaburan itu yang telah ditutup sebelum ini.

DSC_0019“Jalan lain adalah pilihan raya baharu, rakyat boleh tentukan. Yang ini kita kena ubah kerajaan dan hanya kerajaan baharu selain BN yang boleh buka semula kes yang ditutup oleh sebuah negara baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Dun Batu Burok, di Kuala Ibai, di sini.

Beliau berkata, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja juga amat mustahak dalam menyelesaikan isu yang berlaku ini walaupun menyifatkan penubuhan itu mungkin agak terlewat.

Bagaimanapun katanya, suruhanjaya terbabit turut tertakluk kepada pelantikan untuk memastikan ia benar-benar bebas dalam melakukan penyiasatan yang telus dan tidak menolak bahawa penubuhannya sudah tentu dibuat oleh kerajaan.

“Kena tengok peruntukkan yang asal, sejauh mana hendak beri kuasa (kepada Siasatan Diraja), ambil kuasa di Parlimen tetapi masih dikawal kerajaan yang memerintah.

raya batu buruk1“Suruhanjaya Diraja ada dua badan, yang pertama polis, yang kedua SPRM tetapi jika kedua-dua tidak menyempurnakan fungsi yang dikehendaki masyarakat, rakyat dan melintasi kuasa yang ada (pada polis dan SPRM), kita pergi ke parlimen. Di parlimen ini semua orang boleh meletakkan kaedah-kaedah penyiasatan ini. Parlimen boleh buat peraturan-peraturan dia,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Amerika Syarikat yang memfailkan permohonan rampasan sivil bagi mendapatkan semula lebih AS$1 bilion dalam bentuk aset yang berkait rapat dengan syarikat 1MBD, beliau memberitahu bahawa kerajaan terbabit bertindak untuk membersihkan namanya daripada sebarang aktiviti yang menyalahi perundangan.

Tidak menafikan bahawa pendedahan tersebut mencemarkan imej negara, beliau turut mendakwa Amerika Syarikat merupakan antara negara terserlah dalam aspek ketelusan pentadbiran dan pemerintahan.

Jelasnya, tindakan diambil negara itu kerana tidak mahu masalah negara lain mencemarkan negaranya.

raya batu buruk2Dalam kes ini katanya, beliau berharap Amerika Syarikat melakukan penyiasatan telus dan tidak berniat buruk terhadap negara.

“Kita mahu penyiasatan itu menyeluruh. Biarlah pendedahan itu ikhlas dan benar-benar telus, bukan ada niat buruk tetapi kalau ia libatkan negara kita sendiri, mungkin orang yang berkuasa itu cuba sembunyikan sesuatu.

“Bagi negara lain, dia tengok ketelusan transaksi kewangan itu, bagaimana boleh melibatkan negara dia sendiri dan dia tidak mahu sistem kewangan itu tercemar disebabkan perbuatan-perbuatan (penggubahan wang haram) ini,” katanya.

https://youtu.be/R-PnyAYuJ90

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan