Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Kemenangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Terengganu adalah kerana majoriti rakyat negeri tersebut sedar dengan memilih Islam nescaya mereka akan selamat.
Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Marang, Wan Mariam Wan Jusoh berkata banyak perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu semata-mata untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.
“Berapa banyak yang telah diberikan oleh kerajaan Terengganu yang selama ini disekat, cukai pintu tak payah bayar, dengan mengadakan karnival kahwin yang sudah tiga kali diadakan membantu anak-anak muda untuk berkahwin. Apa yang dijanjikan dalam manifesto, PAS laksanakan,” tegasnya.
Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan dan Media Baru, Muslimat PAS Terengganu itu bercakap demikian ketika berceramah di Majlis Ceramah Ma’al Hijrah Dan Isu-isu Semasa di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin di sini pada 18 September lalu.
Menurutnya, PAS tidak berjanji kosong seperti Pakatan Harapan (PH) yang memerintah negara hari ini.
“Akibat terpedaya dengan janji – janji manifesto Pakatan Harapan(PH) , ramai mengundi gabungan yang didominasi oleh Dap itu akhirnya negara dikuasai oleh orang kafir”, tempelaknya di program anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru, Muslimat PAS Kawasan Dungun itu.











