Pesuruhjaya PAS Ucap Tahniah Kepada Semua Petugas ‘Operasi Banjir’

1447

BESUT – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat mengucapkan tahniah kepada semua petugas yang terlibat dalam operasi menghadapi banjir, di seluruh negeri.

IMG-20170104-WA0092Katanya, peranan yang dimainkan oleh semua unit dibawah Khidmat Malaysia Terengganu, membantu masyarakat yang menghadapi dugaan dari Allah itu.

“Tahniah dan juga terima kasih kepada semua petugas-petugas kita (dibawah Khidmat Malaysia Terengganu) diperingkat PAS Kawasan, Negeri, DUN dan juga unit-unit kita, Jabatan Amal dan sebagainya,

“yang memainkan peranan semampu yang dapat, untuk kita membantu masyarakat kita dan juga memberikan khidmat yang terbaik,”ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan sumbangan kepada Khidmat Malaysia Kawasan Besut di Masjid Cerang Meliling, Lubuk Kawah disini, petang semalam, Rabu 4 Januari.

Satiful pusat perpindahan banjraAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu berkata demikian, selepas membuat tinjauan serentak, bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Harian PAS Terengganu di kawasan-kawasan terjejas kerana banjir di Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Beliau turut mendoakan keselamatan kepada penduduk yang ditimpa musibah itu dan berharap agar, segala usaha kebaikan para petugas diterima sebagai amal soleh.

Ustaz Satiful juga merayu kepada kumpulan-kumpulan atau individu-individu yang berada di luar kawasan banjir untuk tampil membantu mangsa-mangsa secara berterusan sehingga banjir pulih.

Satiful pusat perpindahan banjrSebelum itu, hasrat beliau untuk turun ke Kampung La dan Keruak di Hulu Besut tidak kesampaian kerana terhalang oleh air banjir yang dalam, di persimpangan Lata Tembakah.

Rombongan beliau terpaksa berpatah balik kerana jalan utama ke Hulu Besut itu tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Sementara itu, dalam lawatannya ke kawasan Setiu, Ustaz Satiful t mengunjungi sebuah pusat perpindahan di Kampung Tasik dan Pondok Nyatoh, sebuah pusat pengajian Tahfiz yang turut ditenggelami air.

Walaupun waktu sudah agak lewat, beliau sempat menyantuni mangsa-mangsa yang berlindung di masjid Kampung Tasek.

satiful pondok nyatohDalam ucapan ringkasnya di Pondok Nyatoh, beliau berharap madrasah tersebut melahirkan para ‘huffaz’ yang menjadi pelita menerangi alam ini.

“kita berdoa agar madrasah ini dapat melahirkan ‘pelita-pelita’, seperti bintang-bintang yang bergemerlapan di langit,

“sebagaimana penduduk langit melihat rumah-rumah mana yang membaca al-Quran, apatah lagi pusat tahfiiz yang setiap masa membaca al-Quran,”jelasnya.

Turut sama sepanjang lawatan itu ialah Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Pantai Timur Haji Zulkifli Md Yakim, Ketua Khidmat Malaysia Terengganu Dr Azman Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Besut dan Setiu, Ustaz Wan Azhar Awan Ahmad dan Ustaz Saharikirnani Abdul Kadir.

https://youtu.be/gbpACaBrM8U