Pesuruhjaya PAS Perak Menang Kes Tuntutan Fitnah

1461

Oleh : Zulhafeez Ahmad Zahidi

IPOH – Kes fitnah kepada Pesuruhjaya PAS Perak , Haji Razman Zakaria melalui tulisan dari satu blog bertajuk ” Pesuruhjaya PAS Perak cuma mahu balas budi Menatu Tuang Presideng jer!” telah diputuskan hari ini .

Penghakiman telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh , Dato’ Che Mohd Ruzima Ghazali yang membenarkan tuntutan fitnah pemilik blog alhusseyn51 penulisnya Mohamed Ali bin Hussain.

tuntutan Fitnah hj razman (2)Jumlah tuntutan ganti rugi kepada penulis tersebut adalah sebanyak 1 juta . Taksiran ganti rugi akan dilakukan di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh kelak.

Penulis juga telah telah menyebarkan tulisan artikel yang membabitkan Pesuruhjaya PAS Perak ini melalui media sosial Facebook.

Razman Zakaria berkata, budaya fitnah bukan satu didikan Islam untuk diamalkan kerana ianya mampu meruntuhkan persaudaraan Islam sekaligus membina perpecahan dalam masyarakat.

Beliau telah diwakili oleh Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Perak Mohd Zamri bin Ibrahim .

“Kemenangan kes ini , di atas berkat doa dan kerjasama semua pihak untuk melindungi sesiapa sahaja yang dizalimi serta tidak akan memberi ruang fitnah berleluasa dalam minda masyarakat” tegasnya lagi.