Terengganu, Malaysia

Pesuruhjaya PAS Bantu Bersihkan Masjid Kampung Shukur

20141231_113830

Oleh : Aziz PA

DUNGUN- Banjir besar yang melanda kampung Shukur,di sini bukan sahaja membawa kerosakan kepada rumah-rumah penduduk tetapi turut menjejaskan masjid sebagai tempat untuk beribadat.

Ketika banjir berlaku masjid dua tingkat di kampung berkenaan dimasuki air sehingga kira-kira hampir 4 meter dan kesannya ia dipenuhi lumpur, selut serta merosakkan kemudahan untuk beribadat.

http://youtu.be/RCMFq7DcJ1c?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q

Prihatin terhadap keperluan penduduk untuk menunaikan solat berjemaah terutama solat jumaat, satu gerakan kerja membersihkan masjid dijalankan dengan segera.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Saiful Bahri berkata, kerana masjid dipenuhi lumpur dan kotor, penduduk kampung berkenaan tidak dapat menunaikan solat jumaat di situ pada minggu lepas.

Menurutnya, kerja pembersihan segera dijalankan apabila air surut bagi membantu memudahkan urusan dan beban penduduk.

“Seramai kira-kira 30 anggota dari Pusat Khidmat Dun Paka termasuk Unit Amal Kawasa Dungun menyertai aktiviti bergotong-royong membersihkan masjid di bantu penduduk setempat dan tidak ketinggalan anggota bomba.

20141231_113348 (2)“Hasil usahasama ini masjid ini sudah dibersihkan dan boleh digunakan untuk beribadat tanpa sebarang masalah.

“Penduduk memaklumkan banjir kali ini adalah paling buruk sehingga turut menjejaskan keadaan masjid,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika mengadakan lawatan ke Kampung Suhukur, DUN Bukit Besi pada Rabu lalu, 31 Disember.

Sehubungan beliau selaku ADUN Paka berkata, selain membantu membersihkan masjid, pihaknya turut mengedarkan bantuan beras dan barangan keperluan kepada mangsa banjir.

“Sebanyak 120 kampit beras bersama bungkusan makanan disumbangkan kepada penduduk bagi meringankan beban mereka.

“Selain kampung Shukur,kita juga menghantar bantuan di kampung Pasir Raja dan kami mengunjungi dari rumah ke rumah,”katanya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan