Terengganu, Malaysia

Pesanan ayahanda kepada Mariyam Sa’ari

Faiz Arshad

“Pejuang Islam dahulu di seksa dan di bunuh, demi mengatakan kebenaran dan menegakan pegangan, Allah itu Satu. Rasulullah SAW lagi teruk di seksa, Iman Ahmad di penjara, Hassan al-Banna dan Syed Qutb di bunuh.

“Zainab Ghazali di seksa dan di penjara dan terkini Dr Muhammad Mursi di tahan oleh rejim ‘Kudeta’ Mesir, ribuan pengikutnya, sahabat-sahabat dari jamaah Ikhwan al-Muslimin di bunuh, bukan kerana lain, (tetapi) hanya kerana menegakkan Islam yang benar,

faiz n mariyam“InsyaAllah syurga yang kekal abadi menanti, janji Allah dan RasulNya tetap benar………….tolong beri kepada Faiz al-Quran, terjemahannya atau kitab-kitab untuk dibaca dalam penjara, untuk (supaya) dia jadikan hukuman terhadapnya sebagai peluang dan tempat dia menjadi hafiz dan menambah ilmu,

“kita (sebagai seorang) isteri perlu setia dan bertawakkal kepada Allah, jangan malu, jangan kecewa, jangan dukacita , jangan takut, jangan di layan bisikan syaitan, (dan) berbanggalah,

“teruskan perjuangan! kita ini di lahirkan berseorangan dan (akan) di matikan juga berseorangan. Ayah, mak da keluarga masih ada. Ingatlah rezeki kita tetap Allah jamin. Allah tetap bersama kita!.”

Begitulah pesanan Haji Sa’ari bin Mohd Amin, Bendahari PAS Dun Teluk Pasu, Ketua Lujnah Pembangunan PAS Kawasan Kuala Nerus dan AJK Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, kepada anakandanya Maryam bt Sa’ari.

Mariyam bt Sa’ari adalah isteri kepada Faiz bin Arshad, salah seorang daripada pejuang yang menyatakan bantahan ‘Kudeta’ negeri Perak di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009.

Faiz, yang juga mantan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN, kini ditahan di penjara Tapah setelah Mahkamah Syesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000.

Bagi pihak Haji Sa’ari sekeluarga, Buletinonline(BO) memohon kepada seluruh pengunjung BO, seluruh rakan facebooker, twitter dan seluruh pejuang dan umat Islam yang prihatin agar mendoakan keselamatan kepada Faiz dan 12 lagi sahabat yang bersama dengannya.

Sumbangan boleh dibuat, bagi meringankan bebanan Mariyam yang sedang menunggu kelahiran cahayamata, dan bagi mengongkosi perbelanjaan perbicaraan Faiz, kepada akaun Mariyam bt Sa’ari, Maybank No akaun; 163064206176

[Gambar ; Atas – Faiz paling kiri diatas trak polis meninggalkan mahkamah semalam, Kiri – Gambar persandingan Faiz dan Mariyam, tidak lama dulu]

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan