Perumahan Generasi Kedua Felda; MB Minta Notis Untuk Jawap Soalan ADUN Paka

1206

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ‘meminta notis’ bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Walaupun Razif mengakui bahawa kerajaan negeri telah menerima cadangan pembinaan rumah generasi kedua Felda di Felda Kerteh dua, namun beliau mengakui bahawa ia adalah masih dalam perbincangan.

Oleh itu, Ustaz Satiful yang juga ADUN Paka mempersoalkan, bagaimana kerja-kerja membersih dan menolak taah telah dilakukan sedangkan ia masih dalam perbicangan.

“kalau masih dalam perbincangan, pertimbangan, bagaimana tapak itu sudah masuk jentera,,,,,sudah dibersihkan?

“adakah ia telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pembangunan Daerah atau pun telah mendapat kelulusan pihak Exco (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri),”soalnya.

IMG-20160307-WA0199Beliau berkata demikian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman pada Selasa 8 Mac.

Soalan asal yang dikemukakan Ustaz Satiful adalah beliau mohon penjelasan tentang status perumahan generasi kedua anak peneroka di tanah Rancangan Felda Kerteh Dua, Paka, Dungun Terengganu.

Razif kemudiannya menjelaskan, kerja-kerja yang dilaksanakan adalah kelulusan masuk melaksanakan kerja asas dahulu dan belum lagi diberikan kebenaran untuk pembangunan.

Ustaz Satiful kemudiannya menyoal balas, sekiranya belum dibuat sebarang pembangunan, mengapakah pihak Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan (JKKR) telah mengedarkan borang dan mengutip wang dari orag ramai.

“Bagaimana sekarang ini pihak JKKR telah mengedarkan borang dan mengutp wang RM5 setiap orang dengan mengatakan,

“pembangunan rumah yang dikatakan harga sebuah sebanyak RM160,000 sedangkan Perdana Menteri dah umumkan rumah generasi kedua hanya RM70,000 sebuah,

“dan Felda telah meluluskan sebanyak RM1.4 bilion untuk pembinaan rumah tersebut, adakah peruntukan itu dari Felda sendiri?”soalnya lagi.

Razif tidak dapat menjelaskan persoalan tersebut dan meminta notis bagi mendapatkan maklumat selanjutnya,