Pertempuran dijangka meletus apabila pemerintah ‘Kudeta’ Mesir memberi amaran pada hari Sabtu, sesiapa yang mengadakan protes terhadap tentera pada hari Ahad 6 Oktober (hari ini) hari ulangtahun memperingati serangan ke atas tentera Israel semasa perang tahun 1973, akan dianggap sebagai ‘agen’ kuasa asing.
Jurucakap Presiden Pemeritah ‘Kudeta’ Mesir Ahmed al-Muslimani bercakap kepada agensi berita negeri kerana menjangkakan satu demonstrasi aka diadakan oleh Paerikatan Anti-Rampasan Kuasa, yang telah mengadakan protes terhadap ‘kudeta’ tentera terhadap Presiden Mesir Mohamed Mursi pada bulan Julai.
Oleh itu, kerajaan ‘boneka’ al-Sisi telah memperketatkan kawalan keselamatan di seluruh Mesir selepas pertempuran pada kelmarin Jumaat 4 Oktober yang meyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh.
Para penyokong demokrasi, pada hari Jumaat telah mengadakan himpunan dan perarakan paling berani mereka sejak tentera dan pasukan keselamatan Mesir menghacurkan kem-kem bantahan penggulingan Morsi pada 14 Ogos lalu. Empat yang meninggal dunia di Kaherah adalah semua penyokong Ikhwan, kata sumber keselamatan.
Kedua-dua pihak lawan dan penyokong dan penentang pemerintah ‘Kudeta’ telah memanggil protes besar-besaran pada hari Ahad, sempena sambutan ulang tahun serangan Mesir pada tentera Israel di Sinai semasa perang tahun 1973. Tentera Mesir telah merosakkan kubu Israel dalam serangan itu dan menyebabkan pengunduran Israel dari seluruh terusan Suez , walaupun mendapat tentangan Israel kemudiannya.
“Penunjuk perasaan menentang tentera pada ulang tahun kemenangan ( 6 Oktober 1973 perang ) akan menjalankan tugas-tugas egen (asing), bukan aktivis, Ia tidak layak untuk berjuang menentang pihak berkuasa dan mencetuskan konflik dengan negara,” dakwa jurucakap Presiden Sementara.
Media pemerintah ‘boneka’ turut medakwa pihak berkuasa telah menemui plot oleh “pengganas” mensasarkan polis dan tetera semasa perayaan pada hari Ahad.
Kementerian Dalam Negeri berkata keselamatan telah dipertingkatkan di lebuh raya, di semua bandar dan pada tempat-tempat yang penting.
Ketegangan politik telah melanda dan menjadikan ekonomi Mesir semakin parah sejak tentera menggulingkan Mursi, dan kerajaan yang dibentuk dengan sokonga tentera telah berjanji aka melaksanakan pilihan raya yang adil dalam masa terdekat.
Dalam ucapan di televisyen, Presiden Pemeritah Kudeta Adly Mansour berjanji bahawa perlembagaan akan ditulis untuk memenuhi kehendak “semua orang Mesir “. Beliau berkata pilihan raya parlimen dan presiden yang bebas dan adil akan diadakan tidak lama selepas penulisan perlembagaan selesai.
Pada petang Sabtu , kira-kira 1,000 penyokong Perikatan Anti Rampasa Kuasa cuba untuk memasuki kawasan masjid Raba’aal- Adawiya di timur laut Kaherah, lokasi sebuah kem bantahan yang telah dihancurkan oleh pasukan keselamatan Mesir pada bulan Ogos.
Sumer keselamatan berkata, mereka telah disuraikan dengan tembakan gas pemedih mata.
Agensi berita negeri melaporkan, Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim berkata, pasukan keselamatan tidak akan bertolak ansur dengan usaha dan tindakan mereka cuba untuk menyekat jalan-jalan raya atau yang bertindak “menyebarkan huru-hara”.
“Kementerian akan berhadapan dengan ketegasan yang terbaik dan ketegasan dengan mana-mana amalan, dan berhadapan dengan apa-apa pelanggaran undang-undang ,” ia memetik beliau sebagai berkata.






























