Persiapan HARAP-PGU 3.6 Berjalan Lancar

2189

HULU TERENGGANU – Tuan rumah bagi Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno Kali Ke-enam (HARAP-PGU 3.6), PAS Kawasan Hulu Terengganu yakin semua persiapan program itu akan siap empat hari sebelum ia bermula pada 18 Mei depan.

Yang DiPertuanya Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata kawasan tanah seluas lebih dua ekar tersebut, yang teletak di batu 24 Kuala Berang, sudah dibersihkan.

“Kerja-kerja lapangan sedang giat dijalankan….….telah dibersihkan sepenuhnya dan esok akan diletakkan pasir bagi kemudahan laluan pengunjung,

“30 gerai peniaga basah dan 75 gerai kering akan didirikan dan dalam masa dua hari kanopi akan dipasang serta kerja-kerja pembangunan pentas utama akan dimulakan dalam masa tiga hari lagi,” ujarnya ketika ditemui.

Beliau mengalu-alukan kedatangan para pengunjung bagi memeriahkan ‘program berprestij’ itu dan membeli belah disamping menikmati segala acara yang telah disusun.

Katanya, beliau sedang berunding dengan pihak polis bagi membolehkan kenderaan orang ramai diletakkan diatas satu daripada dua laluan empat lorong pada jalan utama, dihadapan tapak program bagi memudahkan orang ramai.

“dua bentuk letak kereta….satu untuk VIP berdekatan dengan pentas dan untuk orang ramai, in shaa Allah kita sedang berunding dengan pihak polis selain di bahu jalan,

“untuk membenarkan kita meletak kereta diatas satu jalan daripada dua lorong, di kiri kanan jalan utama menghala dan keluar dari Bandar Kuala Berang,

“kita juga sedang berunding dengan tuan-tuan tanah sekitar tapak program, meminta kebenaran untuk para pengunjung turut meletakkan kenderaan,” jelasnya.

Beliau berharap dengan pengeturan tersebut, akan mengelakkan serang kesesakan lalu lintas sepanjang tiga hari Himpunan berjalan yang akan berakhir pada Sabtu 20 Mei.

Sehubungan itu, untuk menyemarakkan Himpunan kali ini, beliau telah mengarahkan para petuga menaikkan syiar dan memasang bendera PAS dijalan-jalan utam menuju ke bandar Kuala Berang.

Justeru beliau yakin, program ‘mega’ HARAP-PGU 3.6 akan menjadi dorongan dan motivasi kepada kejayaan PAS Hulu Terengganu mempertahankan PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dan memenangkan DUN-DUN lain dalam pilihan raya umum ke-14.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS yang baharu, Dato’ Ustaz Husain Awang yang dilantik meneraju kepimpinan dan ahli serta penyokong PAS pada untuk sesi 2017-2019.

“saya yakin HARAP-PGU 3.6 kali ini akan jadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat di sebelah Hulu Terengganu pada pilihan raya umum akan datang yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja,

“saya juga mengaku-alukan pelantikan beliau…..orang lama yang berpengalaman dalam poliitik tanah air….sanagt berharga untuk memenangkan PAS Terenganu pada PRU14,” katanya.