Terengganu, Malaysia

Perlaksanaan Syariat; PAS Sambung Pejuangan Sultan Zainal Abidin III, Tok Ku Paloh

makan Tok Ku Paloh

KUALA TERENGGANU – Perjuangan menegakkan undang-undang Islam, sebagai kanun tertinggi di negeri Terengganu telah dimulakan sejak lebih seratus tahun yang lalu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya ( 1 ) PAS Terengganu YB Dr. Alias Razak, ulamak terkemuka al-Marhum Tok Ku Paloh merupakan individu yang terlibat dalam merangka penggubalan undang-undang syariah yang pertama pada tahun 1912.

20140817_151133 (1024x576)“al-Marhum Syed Abdul Rahman bin Syed Muhammad al-Idrus (Tok Ku Paloh) yang lahir pada 1817 dan meninggal pada 1917 terlibat dalam penggubalan ‘Itqan al-Muluk bi Takdi as-Suluk (undang-undang syariah Terengganu),

“(beliau) merupakan ketua Jawatankuasa yang merangka undang-undang syariah negeri Terengganu yang pertama pada 100 tahun yang lampau, iaitu pada 1912,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan alu-aluan kepada para peserta Konvoi Jelajah Merdeka Se Malaysia sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Lujnah Penerangan PAS Pusat.

Seramai 10 orang anggota bermotosikal kuasa tinggi memulakan perjalanan dari Temerloh hingga ke negeri Terengganu pada Ahad 17 Ogos.

20140817_152927 (1024x576)Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian ketika menyambut ketibaan konvoi tersebut menziarahi kubur Tok Ku Paloh di Kampung Losong dekat sini.

[Gambar kanan – para peserta Konvoi ‘menjenguk’ ke dalam perigi asal yang digunakan oleh al-Marhum Tok Ku Paloh]

Katanya, Tok Ku Paloh yang menjadi ketua ulamak dan penasihat kepada Sultan Zainal Abidin III telah mengangkat martabat negeri Terengganu sebagai negeri pertama yang mendaulatkan undang-undang syariat di Malaysia.

Justeru, perjuangan PAS adalah ‘mata rantai’ kesinambungan usaha dan tindakan yang telah dimulakan oleh RasuluLlah SAW dan diteruskan oleh Tok Ku Paloh serta Sultan Zainal Abidin III.

“kita berjuang sekarang ini (untuk menegakkan undang-undang Islam) adalah menyambung perjuangan (dimulakan) daripada RasuluLlah (SAW) dan perjuangan Sultan Zainal Abidin III (serta Tok Ku Paloh),

“supaya ia (undang-undang syariah Islamiyah) sapat dilaksanakan semula sebagaimana ia telah dilaksanakan (sebelum ini),”jelasnya.

20140817_153220 (1024x576)Beliau berharap dengan penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan tema ‘Malaysiaku……Minda Merdeka’ dan kedatangan konvoi ‘Jelajah Merdeka SeMalaysia’ itu dapat memberikan inspirasi meneruskan semangat perjuangan bersama PAS dengan semangat yang berkobar-kobar.

[Gambar kiri – para peserta Konvoi bergambar bersama Dr Alias di hadapan rumah asal al-Marhum Tok Ku Palong di Kampung Losong Kuala Terengganu]

“semoga kita dapat melaksanakan syariah dibumi bertuah (Terngganu Darul Iman ) ini, dan kita ‘nyahkanlah’ mereka-mereka yang hendak menghalang perlaksanaan syariah yang merupakan kewajipan kepada kita semua,”tambahnya.

Turut sama dan menyampaikan pengkisahan kisah perjuangan Tok Ku Paloh kepada peserta konvoi adalah Pegawai Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu.

http://youtu.be/AtnItbFxWSM?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q

http://youtu.be/Vr0PAB2yWfE?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q

http://youtu.be/iKAqplOzxc0?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan