Terengganu, Malaysia

Perkhidmatan Kesihatan Terengganu Teruk – Dr. Alias

Dr Alias

MARANG – Tahap kesihatan negeri Terengganu disifatkan ‘teruk’ berbanding negeri-negeri lain, walaupun menjadi penyumbang hasil yang besar melalui sektor petroleum kepada kerajaan pusat.

asrama-mansurah-mesir1Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Dr. Alias Razak mempersoalkan sifat amanah pemimpin Umno dan kerajaan dalam menguruskan kewangan negeri.

“baru-baru dalam (sidang) Dewan kita tanya, timbul isu yang besar dalam pembelian asrama untuk pelajar di Mansoorah Mesir, bagaimana tidak amanahnya pemimpin,

“harga RM1 juta di pasaran Yayasan Terengganu bayar dengan (harga) RM13 juta…..ini apa kerja ni, kalau macam ini lah cara pengurusan kewangan, banyak mana duit (ada) pun rakyat tak akan senang dan negara tidak akan membangun,”tegasnya

Yang terbaru kata beliau, langkah ‘pelik’ kerajaan Terengganu membeli syarikat ‘Chicken Cottage’ diLondon, England, dengan harga RM25 juta, kononnya hendak berniaga ayam halal di luar negara.

“yang jadi Lembaga Pengarah tiap-tiap bulan berulang ke London, nak tengok kedai kita di sana tu, semua ditanggung oleh syarikat…………(sebab) anak syarikat kerajaan…..…..tambang, penginapan…….dan segala-galanya, bukan nak gi mesyuarat…..gi melancong lah (pula),

chicken cottage“pun dibeli dengan (harga RM25 juta) harga pasaran dilaporkan RM15 juta sahaja…….hilang ke mana tak tahu lah….wallahu a’lam, ditelan bumi ke ditelah lautan…….,”jelasnya ketika berucap dalam satu ceramah di sini pada Rabu 26 Ogos.

Menurut beliau, ayam di dalam negeri Terengganu pun tidak cukup di pasaran dan terpaksa di impot dari luar, tiba-tiba hendak berniaga ayam di London.

Katanya masalah kesihatan di negeri ini juga teruk dengan keadaan hospital yang sesak dan hospital baru yang diminta rakyat sehingga kini belum dibina.

“kerajaan mesti bina hospital baru………hospital yang sedia ada tidak dapat menampung (jumlah pesakit masakini)…….kita dah minta berapa penggal dah (sejak) masa Exco Kesihatan dulu sehingga dia meninggal dunia…………tak ada juga (hospital baru),

image“dia mengaku memang Terengganu ini kemudahan kesihatan yang sangat rendah berbanding dengan negeri-negeri lain (sedangkan) kita adalah penyumbang hasil yang besar kepada (kerajaan) pusat melalui Pteroleum,”kata Dr Alias yang juga ADUN Bukit Tunggal.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat untuk membuat perubahan pada pilihan rayaumum kali ke-14 akan datang kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak mampu lagi memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

“kita menawarkan satu pakej kpimpinan baru dalam PAS samada dieringkat Pusat atau pun di peringkat (kerajaan) negeri untuk mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional,

“kita mempunyai gandingan (antara) ulamak yang akan memberi panduan syariah dan ramai professional yang akan membantu, yang akan melaksanakan dasar-dasar untuk kebaikan rakyat,”jelas beliau lagi

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan