Terengganu, Malaysia

Perjuangan Ini Gabung Jalin Bersama Dalam Satu Pasukan

dr azman

CAMERON HIGHLAND – Pelbagai sumber dan kepakaran digarap dalam PAS, membentuk satu perjuangan dalam pasukan, untuk menegakkan perintah Allah di muka bumi ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, semua sifat dan keupayaan yang ada pada ahli PAS dan penyokong digabung jalin dalam melaksanakan amanah yang uukup besar.

“Gabungan antara semangat, tenaga dan keupayaan yang dimiliki orang muda perlu digabungkan dengan kematangan,

“kesabaran serta kecerdikan orang lama untuk kita membentuk satu kemantapan dalam saf perjuangan. Setiap dari kita adalah penting dan tidak ada istilah melukut dalam perjuangan Islam,” jelasnya.

Perjuangan Ini Gabung Jalin Bersama Dalam Satu PasukanBeliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jaulah Tarbawi Alternative Riding Club (ARC) DUN Permaisuri Setiu di Tanah Rata, Cameron Highland pada Jumaat 14 Julai.

Menurutnya, program yang diadakan buat julung kalinya ini berjaya menghimpunkan seramai lebih 30 orang ahli ARC DUN tersebut yang menyertai konvoi bermotosikal bertolak awal pagi dari Setiu melalui jalan Tasik Kenyir – Felda Aring – Ciku- Gua Musang – Lojing dan seterusnya Cameron Highland.

Justeru itu setiap anggota dalam jamaah, kata beliau, perlu sentiasa memberikan idea dan melakukan tindakan, agar perjuamgan PAS sentiasa releva.

“Kita berada di tempat sejuk ini untuk memanaskan semangat perjuangan! Semua kit adalah batu-bata yang membentuk binaan perjuangan ini lalu diikat dengan konkrit ukhuwwah Islamiyyah.” Tegas beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu.

Turut hadir menyertai konvoi ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Setiu, Ramdan Mat Jusoh, Wan Hasan Basari Omar, Arman Nulamir Abdul Wahab dan Mohd Nor Hamid serta Ketua Pemuda PAS Permaisuri, Muhaimin Muhammad.

Perjuangan Ini Gabung Jalin Bersama Dalam Satu Pasukan

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan