Oleh: Zara Afifah
SETIU – PAS Kawasan Setiu merakamkan ucapan takziah kepada Al-fadhil Ustaz Awang bin Embong sekeluarga serta warga Maahad Tahfiz wa Tarbiyyah (MTT), Tok Jiring di atas pemergian Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, Puan Safinah binti Jusoh, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 30 Zulkaedah 1437 bersamaan 2 September 2016.
Yang Di-Pertuanya Ustaz Shaharizukirnain bin Abdul Kadir menyifatkan pemergian tokoh muslimat mithali ini adalah satu kehilangan besar buat PAS kawasan yang sukar dicari ganti.


“tauladan bagi generasi kini dalam meneruskan perjuangan yang ditinggalkannya”,ujarnya.
Al-marhumah pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Muslimat PAS Kawasan Setiu pada tahun 1991 hingga 1995 dan tahun 2005 hingga 2009.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu yang merangkap Ketua Penyelaras Muslimat Dun Batu Rakit, Puan Wan Ramlah binti Abdul Rahman berkata, “Hilangnya sebutir mutiara, dia adalah guru, dia adalah sahabat, dia seorang kakak serta seorang naqibah yang terus membimbing kami meskipun tidak berada di Setiu lagi”.
Tambahnya lagi, jasa beliau dalam membimbing muslimat di Dun Batu Rakit dan Setiu akan sentiasa dikenang serta turut mendoakan semoga beliau tenang di sana.





























